Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua beradik ditemui berpelukan di atas pokok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua beradik ditemui berpelukan di atas pokok

Dua beradik ditemui berpelukan di atas pokok|Dua beradik yang dikhuatiri lemas selepas didapati hilang ketika bermain di tali air,kampung Limbong di sini, semalam ditemui dalam keadaan selamat dan berpelukan di atas pokok.

Mangsa, Muhammad Zaidanie Ammar Zaidi, 4, dan abangnya Muhammad Zaidanie Amsyar Zaidi, 6 disedari hilang oleh ahli keluarga sejak jam 4 petang.

Penemuan selipar serta baju mereka di tebing tali air menyebabkan penduduk beranggapan mereka hilang dan dikhuatiri lemas.

Bagaimanapun, tiada siapa menduga kanak-kanak pada usia itu mampu menyelamatkan diri daripada tenggelam di dalam air pasang sedalam kira-kira dua meter.

Nenek mangsa, Rogayah Ibrahim, 60, berkata, dia sekeluarga cemas apabila dua beradik itu hilang dan usaha mencari di sekitar tali air tidak berhasil.

Menurutnya, lebih menambah keresahan apabila sepasang selipar dan seluar yang dipakai mereka ditemui di tebing tali air.

“Ibu mereka tinggalkan anak-anak di rumah ibu saudaranya berhampiran rumah saya.

“Apabila ibu mereka pulang keduanya telah hilang dan laporan polis dibuat kerana bimbang mereka lemas ketika bermain di tali air,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Mohd Zailani Abdullah berkata, kedua-dua mangsa ditemui selamat selepas beberapa jam disyaki hilang.

“Seramai 14 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kedua beradik ini.

“Kita menggunakan teknik “Fan Searching” untuk mencari mangsa dan akhirnya mereka berjaya ditemui pada jam 9.47 malam.

“Mereka ditemui dalam jarak 800 meter dari lokasi selipar ditemui,”katanya,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu ditemui kedua mangsa dalam keadaan berpelukan di atas pokok menandakan mereka berusaha menyelamatkan diri daripada air pasang.

“Untuk makluman pada malam ini air pasang agak besar iaitu mencecah 3.4 meter.

“Paras air yang tinggi lebih kurang dua meter, mangsa berusaha memanjat pokok sehinggalah ditemui.

“Keseluruhannya operasi kali ini berjaya dengan kekuatan anggota yang ada dan dibantu penduduk,” katanya.

Kedua-dua mangsa yang juga murid Sekolah Tadika Kemas Gong Gemia turut dibawa ke klinik Kesihatan Paka untuk pemeriksaan lanjut.

The post Dua beradik ditemui berpelukan di atas pokok appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E1HbbO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.