Hi! Welcome Back and Stay Tune! AGM PPBM Pertama Tidak Ikut Perlembagaan Parti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AGM PPBM Pertama Tidak Ikut Perlembagaan Parti





BONGKAR… Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) digesa buat siasatan terhadap mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam pada Sabtu lalu.

Perkara ini didedahkan Ketua Bahagian PPBM Bahagian Temerloh, Amerus Che Onn sekali gus bersetuju reaksi bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman yang mendakwa ia juga tidak mengikut perlembangaan parti.

Beliau seterusnya mendakwa, AGM sulung pada hujung minggu lalu itu dilihat ‘syok sendiri’ kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.

“Perwakilan AGM dipilih tidak dibuat ikut perlembagaan. Tiada AGM di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM. Selain itu, AGM Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi juga tiada!

“Saya rasa kami berjaya ditipu dan dipermainkan. Maka, saya mendesak pihak RoS untuk buat siastan terperinci berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di RoS di Putrajaya pada Selasa.

PPBM terpaksa mengadakan AGM pertama yang hanya dihadiri 941 perwakilan daripada sejumlah 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal selepas diberikan amaran tegas oleh pihak RoS termasuk pembatalan parti tersebut.

Amerus selanjutnya berkata bahawa AGM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja manakala perwakilan bahagian pula tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan secara bebas.

“Matlamat sebenar penubuhan PPBM terbukti sudah tidak lagi wujud kerana pucuk kepimpinan tertinggi hanya memperjuangkan kepentingan individu sehingga isu dalaman parti sendiri pun tidak diselesaikan,’ katanya.

Sehubungan itu, Amerus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk segera meletakkan jawatan sebagai pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kerana tokoh berusia hampir seabad itu hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.

Sebelum ini, pihak RoS telah memberi amaran keras kepada PPBM kerana sudah melakukan tiga kesalahan serius termasuk tidak pernah mengadakan AGM selepas lebih setahun ditubuhkan daripada serpihan UMNO.

Parti pembangkang itu juga dikesan menubuhkan sayap Pemuda dikenali Armada dan menangguhkan AGM tanpa ada peruntukan dalam perlembagaan parti hingga boleh menyebabkan ia dibatalkan. – Agensi

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CHh750

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.