Alicia Amin Pernah Cuba Bunuh Diri?
Siapa sangka, pelakon dan juga model yang pernah menggemparkan laman sosial melalui gambar berani mati dan juga kenyataan berkaitan agama sebelum ini iaitu Alicia Amin, pernah mencuba untuk membunuh diri namun gagal.
BACA: Alicia Amin Tak Kisah Diejek Payudara Kecil
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Alicia di Instagram dan disebabkan usahanya yang gagal itu, dia dimasukkan ke wad psikiatri selama seminggu. Menurutnya kejadia itu berlaku selepas dia tamat menjalani penggambaran program Asia’s Next Top Model (ANTM) musim kelima.
“Saya pernah bangun tidur di wad psikiatri dan terpaksa tinggal di sana selama seminggu kerana saya cuba membunuh diri tapi gagal pada awal 2017. Saya tidak pernah bercakap tentang perkara ini”
“Ia terjadi selepas tamat penggambaran ASNTM tetapi tidak siapa yang tahu, sebelum saya berpindah ke Melbourne dan saya belajar untuk berdiri untuk diri sendiri dan perkara-perkara yang saya percaya akan beri memberi inspirasi pada orang lain yang berasa seperti mereka dalam kegelapan,” jelasnya.
Kini kembali dengan semangat yang lebih positif, Alicia menasihatkan agar mereka yang berhadapan dengan situasi yang sama agar tidak cepat mengalah. Semoga baik-baik saja buat Alicia Amin selepas ini. (rtky/s)
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lZqe7s
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment