Parti Mahathir Ugut Ketua Pemuda Hanya Kerana Bercakap Dalam Buletin Utama TV3
Ternyata parti yang ditubuhkan oleh pemimpin diktator Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan parti yang kejam.
Buktinya Ketua ARMADA PPBM Bahagian Kuantan, Mohd Ashraf Muhammad Asri telah diugut sejurus selepas dia keluar dalam Buletin Utama TV3.
Dia mendakwa menerima mesej ugutan dan kata-kata kesat, susulan tegurannya terhadap perjalanan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, Sabtu lalu.
Menurut anak muda tersebut, ramai kesal kerana generasi muda tidak berpeluang menyoal pemimpin parti berkaitan isu terkini.
Dia juga dilaporkan berkata, suara generasi muda seakan disekat dan tiada konsep demokrasi dalam parti pimpinan Mahathir itu.
Disebabkan itu, dia telah bertindak membuat laporan polis kerana menganggap dirinya diancam dalam bahaya.
Bayangkan sebuah parti yang dikuasai lelaki berusia 92 tahun boleh berbuat demikian.
Ya, memang dari segi tubuh badan kita mungkin akan timbul rasa kasihan dan simpati kepada Mahathir kerana telah tua.
Namun dari segi tindak tanduk, Mahathir masih tak insaf dan tak berubah sama seperti dirinya memerintah selama 22 tahun dahulu - diktator.
Kita perlu sedar dan tidak naif, jika Mahathir kembali berkuasa sama ada menjadi Perdana Menteri kembali atau berkuasa ke atas mana-mana Perdana Menteri dari Pakatan Harapan, maka kehidupan rakyat di Malaysia akan senasib Mohd Ashraf. - KAKI PALU
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lZPCcO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment