Kerana K-Pop, Zara Zya Dihina Teruk
Baru-baru riuh sekejap ruangan komen Instagram milik pelakon Zara Zya gara-gara bertanyakan soalan tentang K-Pop. Lebih mengejutkan, persoalan ringkasnya di Instagram menjadi punca perbalahan peminat dan pembenci K-Pop.
BACA: Zara Zya Terima Lelaki Muda, Boleh Tanggung Dirinya
Jika dilihat daripada satu sudut, pertanyaan Zara Zya nampak biasa saja namun reaksi yang diterima sangatlah di luar jangkaan. Tertanya juga kami, memang peminat K-Pop di Malaysia ini memang terlalu sensitif sangatkah?
“Soalan saya – apa specialnya K-Pop? Jawapan yang saya dapat, caci maki sumpah seranah. Aduhai budak-budak sekolah tak pandai jawab exam. Kesian. Tak sangka sensitif sangat bila tanya pasal K-Pop”
“Ada few yang jawab, lagu best, drama best, faham lirik sebab belajar dan harap dapat belajar di Korea – ya, itu jawapan yang betul. Dah kenapa sensitif sangat, kebanyakan budak perempuan pakai tudung duit belanja mak ayah kasi ni? Ada yang libatkan agama lagi, ish…,” luahnya di Instagram.
Jika anda ada masa di tahun baru ini, bolehlah melayari sendiri komen-komen yang ditinggalkan. Bermula dari perbalahan biasa hingga ada yang berharap selebriti K-Pop kegemaran mereka memeluk agama Islam. Wow.
Apa-apa pun, semoga peminat K-Pop di seluruh Malaysia dapat berdamai dengan Zara Zya dan buat Zara Zya, boleh sudah untuk fokus buat benda lain. Mahu dilayan kerenah warga laman sosial, mati hidup balik pun tidak akan selesai. (rtky/s)
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qoiosR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment