Pasangan Suami Isteri Maut Kereta Bertembung Dengan Lori Di Miri
MIRI: Sepasang suami isteri maut setelah kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Miri-Bintulu di sini, pagi tadi.
Mangsa, Ling Miaw Chong, 64, dan isterinya ChaiChing Ching, 60, dari Kampung Cina di Marudi, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit di dalam kenderaan mereka.Sebelum kejadian yang berlaku sekitar jam 9.15 pagi itu, pasangan warga emas itu yang menaiki kenderaan pacuan empat roda, sedang dalam perjalanan dari Miri menuju ke Niah.
Setiba di tempat kejadian, kenderaan mereka dikatakan bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan mereka.Manakala pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan.Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri. -Utusan Borneo Online
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EHP8jS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment