Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Mula-Mula Beliau Sibuk Mencari Nama Anaknya Di Meja Pendaftaran, Tapi Secara Tiba-Tiba Dia Rebah Ke Lantai.” Bapa 5 Anak Meninggal Dunia Mengejut Di Sekolah Anak.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Mula-Mula Beliau Sibuk Mencari Nama Anaknya Di Meja Pendaftaran, Tapi Secara Tiba-Tiba Dia Rebah Ke Lantai.” Bapa 5 Anak Meninggal Dunia Mengejut Di Sekolah Anak..



Kematian adalah perkara yang pasti dalam setiap kehidupan di muka bumi ini. Tidak kira manusia, haiwan atau tumbuhan semuanya akan merasai mati. 

Adakah kita sebagai hambaNya sudah bersedia untuk menghadapi hari kamatian dan berhijrah ke alam yang lain? Kita harus sedar bahawa kematian boleh tiba bila-bila masa sahaja tanpa kita sedari.

Seorang pengguna Facebook menceritakan pengalaman beliau bagaimana beliau melihat kematian yang berlaku secara mengejut di depan mata beliau sendiri.


Beliau yang dikenali sebagai Abu Darwish Yusuff menceritakan kejadian yang berlaku ketika beliau menghantar menghadiri orientasi kanak-kanak Tadika Abim bagi umur 4,5 dan 6 tahun di masjid berhampiran.

Menurut beliau, seorang lelaki yang pada mulanya sedang mencari nama anak-anaknya di meja pendaftaran, tiba-tiba lelaki tersebut rebah ke lantai. namun sempat disambut oleh orang-orang sekeliling.

Abu Darwish mengambil bantal dan cadar di bilik siak untuk dijadikan alas lelaki tersebut dan baringkannya.

Selepas lima minit lelaki itu rebah, dia mula menggigil dengan mata yang terpejamdan tiba-tiba terus diam dan kaku. Selang beberapa minit selepas itu, wajahnya pucat, kaki dan tangannya mulai sejuk.


Setelah 15 minit, datang seorang doktor dan memaklumkan bahawa lelaki tersebut telah meninggal dunia. Lelaki tersebut dipercayai meninggalkan seorang balu dan dua pasang anak kembar yang berumur 5 tahun dan sepasang lagi baru sahaja dilahirkan beberapa bulan.

Berikut adalah kisah penuh dari Abu Darwish Yusuff untuk dijadikan pedoman buat kita yang masih hidup.

Bismillah.

Bersediakah kita!
----------------------
Saya kisahkan peristiwa yang saya tidak akan lupakan selama lamanya,Semoga menjadi Ibrah kisah tersebut.

Inilah Peristiwa yang pertama kali berlaku di dalam hidupku.

Pagi ini 31.12.2017.(9.30Am) saya membawa anak untuk menghadiri orientasi kanak kanak Tadika Abim 4,5,6 Tahun, Di masjid di tempat saya.

Apa yang berlaku seorang lelaki dewasa duduk di kerusi sambil mencari nama anak-anak beliau dia diatas meja pendaftaran, secara tiba tiba lelaki tersebut rebah.

Sempat lah kami menyambut sebelum dia terjatuh dan memapah beliau pada masanya yang sama lelaki tersebut di dlm keadaan kejang sekitar 5 min.

Lalu saya mengambil bantal dan cadar di bilik siak untuk di jadikan alas lelaki tersebut.

Kemudiaan Kami baringkan lelaki tersebut di atas tersebut.

Sekitar 5 min dia tengah mengigil gigil,mata terpejam. Tiba-tiba dia terus terdiam,aku sangka kan dia pengsan.

Dan beberapa orang sahabat cuba memanggil lelaki tersebut dan kejutkan lelaki tersebut namun tiada respon dari beliau.

Selang beberapa minit saya melihat wajahnya pucat,kaki tangan mula sejuk.

Selang 15 minit datang seorang doctor dam memaklumkan beliau telah meninggal dunia.
Inalillahwainalilahirojiun.



Ya Allah kerdilnya kami.
Ya Allah hinanya kami.

Benarlah Sabda Nabi saw..
أن من أمارات الساعة أن يظهر موت الفجأة
رواه الطبراني في الصغير والأوسط وحسنه الألبلني في صحيح الجامع (5775)

Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda,” Di antara tanda-tanda dekatnya Kiamat ialah munculnya fenomena mati mengejut”. HR Tabrani, disahihkan oleh al-Albani, sahihul Jaami’, no 5775

Beliau Meninggalkan anak 5 Anak.Info Dari jiran Arwah.

1.Dua Anak kembar 5 tahun
2.Dua kembar masih bayi lagi,dan ibunya masih lagi berpantang.

Sedih,hiba melihat anak anak yang datang dengan ayah. Balik kerumah tanpa Ayah.

Semoga Allah Mempermudahkan urusan mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cn9BZO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.