Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Cari Homestay Murah Secara Online - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Cari Homestay Murah Secara Online

homestay murah

Cara Cari Homestay Murah Secara Online. Tidak kira musim cuti sekolah atau tidak, hotel dan homestay adalah kemudahan untuk mereka yang bermusafir. Homestay adalah alternatif terbaik kepada hotel. Ada kalanya jika anda bercuti bersama keluarga serta anak-anak, memilih homestay adalah lebih baik berbanding hotel. Ini adalah kerana, homestay biasanya mempunyai ruang yang lebih besar dan lebih murah untuk percutian bersama keluarga. 

Di Malaysia sendiri, terdapat laman web yang boleh anda gunakan untuk mencari homestay murah hanya secara online. Ini akan memudahkan anda untuk membuat pilihan dan juga membuat tempahan homestay. Pada kali ini saya akan kongsikan laman web terbaik yang boleh anda gunakan untuk mencari homestay. 

Airbnb

Airbnb adalah salah satu laman web terbaik untuk mencari homestay. Ia bukan sahaja boleh digunakan di Malaysia, malah laman web ini boleh digunakan untuk mencari bilik dan homestay  dari seluruh dunia. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya, ada harga homestay yang tersenarai adalah sangat berpatutan. Ada yang harganya jauh lebih berbaloi daripada duduk di hotel. Terutamanya jika anda bercuti dengan keluarga yang besar.

Sebagai contoh, jika anda nak bercuti ke Melaka dengan jumlah ahli keluarga seramai 5 orang, anda boleh duduk di rumah dengan 2 bilik (4 katil) dengan pemandangan Selat Melaka dengan hanya RM130 untuk satu malam. Jika dibandingkan dengan harga hotel boleh mencecah lebih daripada RM200 untuk satu malam.

Ini adalah contoh homestay tersebut.



Jika anda tidak pernah menggunakan Airbnb anda boleh cuba untuk percutian anda yang seterusnya. Airbnb juga ada disediakan dalam bentuk aplikasi android dan iphone. Untuk pengguna baru, setiap pendaftaran baru akan memberikan anda kredit sebanyak RM105 untuk anda gunakan bagi tempahan bilik atau homestay pertama anda. 

Kelebihan Airbnb


  1. Sistem rating untuk setiap kediaman yang tersenarai.
  2. Membenarkan pelanggan untuk memberikan review berkenaan kediaman yang ditempah
  3. Boleh membuat keputusan berdasarkan review pelanggan sebelumnya
  4. Transaksi lebih selamat kerana dikawalselia oleh pihak Airbnb
  5. Boleh terus menghubungi pemilik homestay sekiranya ada apa-apa soalan
  6. Carian mudah bergantung kepada tapisan carian.
  7. Boleh lihat tarikh homestay 'available' secara terus tanpa perlu tanya pemilik homestay.
  8. Untuk pendaftaran baru, anda akan diberikan kredit sebanyak RM105 untuk digunakan pada tempahan pertama anda yang bernilai RM235 dan ke atas.


Mudah.my

Ini adalah satu lagi laman web yang boleh digunakan untuk mencari homestay secara online. Mudah.my adalah sebuah laman web iklan yang menyenaraikan pelbagai barang termasuklah juga ada mengiklankan homestay.

Sekiranya anda ingin mencari homestay di Mudah.my, anda hanya perlu memilih kawasan yang anda nak diami dan seterusnya boleh menghubungi pemilik rumah tersebut untuk membuat tempahan. 

Tempahan dan pembayaran adalah antara anda dan pemilik rumah secara terus. 

Kelebihan Mudah.my


  1. Boleh berhubung dengan pemilik homestay secara terus.
  2. Carian mudah mengikut kawasan yang nak didiami.
  3. Tidak perlukan pendaftaran.

Ini adalah 2 laman web yang boleh digunakan untuk mencari homestay dan juga membuat tempahan. Secara peribadi, saya lebih memilih Airbnb kerana ianya lebih terjamin dan kurang risiko untuk ditipu oleh pemilik rumah. Sistem rating dan review juga secara tidak langsung akan meyebabkan tiada scammer yang berani untuk menipu di dalam Airbnb.



Tonton artikel ini dalam bentuk video di sini:




✍ Sumber Pautan : ☕ Wikicara.org - Kompilasi Pelbagai Cara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CHxUFe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.