Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu tak hirau Iqram didakwa tak waras, sesat kerana… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu tak hirau Iqram didakwa tak waras, sesat kerana…

Biarpun pelbagai cemuhan dilemparkan pengguna media sosial kepada anaknya Iqram Dinzly sejak kebelakangan ini termasuklah mendakwa dia sudah tidak waras dan sesat, namun Lalitol Akmar Mohamed Shaffie tidak ambil pusing terhadap kritikan tersebut.

Memetik laporan mStar online, Lalitol Akmar berkata anaknya itu bersikap seperti orang biasa ketika di rumah.

“Saya sedar akan cemuhan yang dilemparkan terhadap Iqram, namun saya tidak hirau dengan apa yang mereka katakan kerana dia berkeadaan biasa sahaja di rumah.

“Biarlah apa orang nak cakap, kita tidak mampu menutup mulut mereka,” ujar.

Tambahnya, Iqram terlalu bersabar terhadap netizen yang banyak menghinanya sejak dia menjaga arwah ayahnya, Muhammad Saipuddin Ahmad, 72, di hospital sebelum meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

“Selama ini semasa menjaga arwah ayah di hospital, Iqram menerima pelbagai jenis penghina namun dia tetap bersabar.

“Namun Iqram terus dikutuk semasa membuat ‘live video’ di laman sosial Instagram dan dia sudah tidak boleh menahan sabar lagi,” katanya

Sebagai ibu, dia ada menegur anaknya itu jika Iqram berkelakuan di luar batasan.

Sejak beberapa minggu lalu, Iqram, 35, mencetus kontroversi selepas dia berkongsi beberapa video pelik seperti sedang menari, menyanyi termasuk bermain dengan senjata tajam.

Perbuatan Iqram itu bukan saja mendapat reaksi dan komen negatif netizen malah turut menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berhasrat bertemu dengan Iqram dan ingin mengetahui masalah yang mungkin dihadapi pelakon itu.



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2m3opH1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.