Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kira-Kira 386,000 Bayi Dilahirkan Seluruh Dunia Pada Tahun Baharu - UNICEF - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kira-Kira 386,000 Bayi Dilahirkan Seluruh Dunia Pada Tahun Baharu - UNICEF



Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Isnin menganggarkan bahawa kira-kira 386,000 bayi dilahirkan pada hari pertama Tahun Baharu, lebih 90 peratus daripadanya adalah di kawasan kurang membangun, lapor agensi berita China Xinhua. 

Agensi itu melaporkan bahawa secara global, lebih separuh daripada kelahiran ini dianggarkan berlaku di sembilan negara iaitu India (69,070), China (44,760), Nigeria (20,210), Pakistan (14,910), Indonesia (13,370), Amerika Syarikat (11,280), Republik Demokratik Congo (9,400), Ethiopia (9,020) dan Bangladesh (8,370).

Malangnya, daripada jumlah itu, sesetengah bayi tidak mampu bertahan pada hari pertama mereka. Pada 2016, dianggarkan sejumlah 2,600 bayi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam pada setiap hari pertama Tahun Baharu. UNICEF berkata, bagi hampir 2 juta bayi yang baharu lahir, minggu pertama mereka juga adalah yang terakhir.

Secara keseluruhan, sejumlah 2.6 juta bayi meninggal dunia sebelum usia sebulan. Antara lain, lebih 80 peratus bayi meninggal dunia akibat punca yang boleh dicegah dan dirawat seperti kelahiran pramatang, komplikasi semasa proses kelahiran serta jangkitan seperti sepsis dan pneumonia.

Sejak dua dekad lalu, dunia telah menyaksikan kemajuan yang belum pernah terjadi dalam survival kanak-kanak di seluruh dunia, iaitu pengurangan sehingga separuh jumlah kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum usia lima tahun kepada 5.6 juta orang pada 2016.

Meskipun memiliki kemajuan sebegini, terdapat perkembangan yang lebih perlahan untuk bayi baharu lahir. Bayi yang meninggal dunia dalam bulan pertama menyumbang sebanyak 46 peratus bagi kematian keseluruhan dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

Bulan depan, UNICEF akan melancarkan "Every Child Alive," satu kempen global bagi menuntut serta menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan berkualiti yang berpatutan untuk setiap ibu dan bayi baharu lahir. 

Kesemua penyelesaian ini termasuk bekalan tetap air bersih dan elektrik di fasiliti-fasiliti kesihatan, kehadiran atenden kesihatan mahir ketika proses kelahiran, menyahjangkit tali pusat, menyusukan bayi dalam tempoh sejam pertama selepas kelahiran, serta sentuhan kulit-ke-kulit antara ibu dan anak.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Au8s0w

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.