Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli Kumpulan Nasyid UNIC Ditahan Di Syria Kerana Disyaki Membawa Senjata Akhirnya Bebas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli Kumpulan Nasyid UNIC Ditahan Di Syria Kerana Disyaki Membawa Senjata Akhirnya Bebas

Malang tidak berbau, perkara yang tidak disangka berlaku walaupun niat baik sebenarnya ingin membantu dalam misi bantuan. Begitulah yang berlaku kepada ahli kumpulan nasyid Unic ditahan oleh pihak berkuasa kerana disyaki memasuki Syria “secara haram”. Hal ini kerana mereka telah melanggar S.O.P memasuki negara itu.

Mereka ditahan selepas gagal melaporkan diri ke balai polis berdekatan selepas memasuki negara itu ketika menyertai misi bantuan bersama NGO tempatan, Muslim Care. Unic ke Syria sejak beberapa hari lalu untuk misi “Winter Survival Aid”, lapor Utusan Online.

Stabilisers yang kami bawa juga disyaki seperti senjata, selain memakai pakaian seragam Muslim Care,” kata kumpulan itu, lapor Berita Harian.

“Silap kami juga kerana tidak melihat pasport yang tertera cop meminta dirujuk mana-mana balai polis berdekatan dalam masa terdekat.”

Mereka memaklumkan pembebasan mereka setiba di Istanbul, Turki melalui Instagram rasmi kumpulan tersebut sejam lalu.

Unic dianggotai Bazli Hazwan, Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin dan Wan Najdi Wan Mohd Noh.

Sumber: google image

Nasib baik tiada berlaku sebarang kecederaan terhadap mereka disebabkan kejadian seperti ini. Perkara ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada mereka supaya lebih berhati-hati dalam pengurusan memasuki negara itu.

‘ALHAMDULILLAH, kami selamat. Hanya prosedur operasi standard (SOP) kerana di sana banyak sekatan dan kami ditahan banyak kali oleh tentera.” kata Presiden Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) Zulkifli Wahijan.

Katanya, apa yang berlaku adalah pemeriksaan biasa oleh pasukan keselamatan dan mereka kini sudah pun berada di Istanbul, Turki dan dijangka pulang ke tanah air esok.

Beliau mengulas status Instagram rasmi kumpulan UNIC yang dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa di sempadan Syria kerana disyaki masuk tanpa kebenaran untuk misi kemanusiaan.

“Kami berada di negara itu dalam misi kemanusiaan di Turki dan Jordan sejak Sabtu lalu dan Muslim Care dijemput untuk bersama-sama anggota kumpulan nasyid berkenaan,” katanya hari ini.

Dalam status Instagram itu, anggota UNIC turut memaklumkan mereka dilepaskan daripada tahanan pihak berkuasa dan kini sudah berada di Istanbul.

“Kami mohon maaf atas kelewatan memaklumkan yang kami sudah selamat sampai ke Istanbul.

“Kami ditahan pihak berkuasa di sana atas SOP. Peralatan untuk persembahan yang kami bawa juga disyaki seperti senjata, selain memakai pakaian seragam Muslim Care.

“Silap kami juga kerana tidak melihat pasport yang tertera cop meminta dirujuk mana-mana balai polis berdekatan dalam masa terdekat,” kata kumpulan itu.

Pada masa sama, Zulkifli berkata, sekatan dan pemeriksaan seumpama itu adalah perkara biasa yang dilalui mana-mana pertubuhan bukan kerajaan kemanusiaan dan UNIC juga bukan kali pertama melalui detik seperti itu.

“Ini adalah pengajaran kepada semua. Apa yang penting, misi ini selesai seperti mana dirancangkan dan semua anggota misi selamat,” katanya.

 

Sumber:  themalaymailonline, harianmetro

The post Ahli Kumpulan Nasyid UNIC Ditahan Di Syria Kerana Disyaki Membawa Senjata Akhirnya Bebas appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Ekx7XN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.