Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mengeratkan Silaturahhim Di Kejiranan Setempat Boleh Membawa Keharmonian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mengeratkan Silaturahhim Di Kejiranan Setempat Boleh Membawa Keharmonian

Sebahagian manusia, kadangkala memberi istilah ‘jiran dari neraka’ terhadap orang sebelah yang memang sudah tidak boleh dirawat lagi lukanya. Bukan senang untuk menghidupkan suasana kejiranan yang kita impikan. Kerana terdapat beberapa perkara yang kita tidak suka mungkin ditimbulkan oleh jiran kita sendiri.

Kita harus bersabar dengan karenah-karenah jiran yang kadangkala membuatkan kita berasa tidak tenteram. Hal ini kerana sikap pentingkan diri sendiri yang luar biasa dan ‘gampang’ atau “tergamak” hingga jiran sebelah tidak sanggup lagi bersemuka. Perkara ini sangat tidak baik untuk keharmonian dalam bermasyarakat.

google image

Langkah penyelesaian untuk menangani masalah ini, kita ada beberapa cara:

Mengenali jiran dengan lebih rapat

Kita sebagai jiran tetangga mestilah mengetahui nama jiran kita, keluarga jiran kita, saudara jiran kita, pekerjaan mereka, dan banyak lagi maklumat tentang mereka supaya kita lebih tahu atau kenal lebih mendalam tentang jiran kita. Dengan itu, kita dapat hidup dengan tenang setelah mengambil tahu tentang jiran kita itu. Maka tiada lagi prasangka buruk atau perkara yang was-was tentang jiran kita.

Sebagai contoh, jika kita anak kita jatuh sakit. Kebetulan kita mengetahui bahawa jiran kita adalah seorang doktor/pegawai perubatan. Hal ini boleh memberi kemudahan berlaku sebarang kecemasan.

google image

Bertegur sapa setiap hari

Untuk mewujudkan suasana yang baik di kejiranan adalah dengan bertegur sapa. Selalu menegur atau bertanya khabar boleh memberi impak positif dalam hidup bermasyarakat. Perkara ini akan menimbulkan rasa ambil berat tentang keadaan kejiranan di sekitarnya dan boleh menjadi rutin harian untuk bertegur sapa. Perkara ini sangat digalakkan!

google image

Sentiasa memberi salam

Memberi salam atau mengucapkan salam adalah amalan yang sangat disukai oleh Allah S.W.T.  Melalui ucapan “Assalamualaikum” dengan ucapan yang tepat dengan sebutan yang betul dengan niat iaitu ” doa untuk kesejahteraan dalam hidup” jiran kita, dapat menambahkan lagi suasana harmoni dan kedamaian di setiap kejiranan. Dengan menyambut salam dengan perkataan yang lebih baik atau sama dengannya, jiran kita akan merasai keramahan mesra dalam penyampaian salam yang baik. Sesuai sekali dalam mengeratkan hubungan silaturahim di antara jiran tetangga.

google image

Bertukar-tukar juadah makanan

Saling bertukar juadah makanan adalah amalan yang baik dalam berkongsi rezeki bersama. Kadang kala, kita tidak dapat menghabiskan makanan yang kita beli terlalu banyak. Dengan bersedekah dengan “orang sebelah” boleh membantu anda untuk menghabiskan makanan itu supaya tidak membazir. Melalui kaedah ini, jiran anda juga mungkin akan membalasnya dengan “hidangan” yang kadang-kadang anda sangat inginkan.

google image

Pergi ke masjid bersama jiran

Alangkah indahnya jika jiran kita mengajak kita untuk pergi ke masjid untuk bersama-sama berjemaah untuk menunaikan ibadah solat, lebih-lebih lagi pada hari Khamis malam Jumaat. Selalunya, di masjid akan mengadakan bacaan surah Yasin selepas solat Maghrib. Dengan itu, kita juga dapat pahala bersama-sama jesteru memperbaiki bacaan Yasin kita jika ada yang tidak hafaz. Begitulah hendaknya kita hidup bermasyarakat dalam kejiranan kita hari-hari.

Seperti lirik nasyid ini, “Oh indahnya jika kita dapat bersama hidup selalu gembira di dunia ini… Lagi indahnya, jika kita dapat bersama hidup di dalam gembira di akhirat sana…”

Jom layan lagu ini sekali.

The post Mengeratkan Silaturahhim Di Kejiranan Setempat Boleh Membawa Keharmonian appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EiIoIo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.