Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Lepas Habis Pantang Baru Kongsi Gambar’ – Tahniah Ammar! Isteri Selamat Lahirkan Anak Perempuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Lepas Habis Pantang Baru Kongsi Gambar’ – Tahniah Ammar! Isteri Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Setiap ibu bapa menginginkan anak, berita kehamilan sememangnya berita yang sangat menggembirakan, apatah lagi apabila tiba masa kelahiran anak dan menjadi ibu bapa. Sudah pasti tidak terungkap rasa gembira.

Penyampai Radio Hot FM, Ammar telah pun menimang cahaya mata perempuan sulungnya. Walaubagaimanapun dia belum bersedia berkongsi wajah anak perempuannya yang dilahirkan di Hospital Sungai Buloh bagi menghormati permintaan isterinya, Amalina Jamil.

Sememangnya jika mengikut adat, anak yang baru lahir tidak boleh dikongsikan gambarnya di laman sosial. Katanya, nama anaknya pula akan diumumkan selepas tujuh hari kelahiran.

“Buat masa sekarang wajah anak belum boleh lagi. Ia atas permintaan isteri. Katanya, selepas habis pantang baru boleh.

“Apa yang boleh dikongsikan, hidung dan bibir sama seperti isteri manakala kening dan mata ikut saya. Keluarga yang datang pun faham dan mereka menghormati permintaan isteri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ammar, isterinya bersalin dua minggu awal atas nasihat doktor apabila kandungan gula dalam darahnya tinggi.

“Dia dinasihatkan bersalin awal bimbang nanti membahayakan bayi dalam kandungan dan juga nyawa isteri.

“Alhamdulillah, isteri selamat bersalin secara normal. Saya sangat terharu kali pertama melihat wajah anak,” katanya.

Ammar juga berada di sisi isteri sejak dimasukkan ke bilik bersalin, jam 5 petang Khamis lalu.

“Saya melihat bagaimana dia berusaha untuk melahirkan dan tidak sampai hati melihatnya menangis kesakitan.

“Itulah pengorbanan seorang ibu yang tiada tandingan,” katanya.

Gambar perkahwinan Ammar dan isteri

Ammar juga menyarankan kepada suami supaya berada di sisi isteri ketika mereka hendak bersalin untuk memberi sokongan moral dan kata-kata semangat.

Sememangnya isteri yang senang sakit bersalin memerlukan suaminya berada disisi bagi memberi semangat. Amat penting untuk suami memberi sokongan kepada isteri ketika hendak bersalin.

Sumber: Hmetro.com.my

The post ‘Lepas Habis Pantang Baru Kongsi Gambar’ – Tahniah Ammar! Isteri Selamat Lahirkan Anak Perempuan appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ElJ6nU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.