Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berita Buruk Tun M Calon PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berita Buruk Tun M Calon PM


KUALA LUMPUR: Pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri berita buruk kepada masyarakat India yang sebelum ini tersisih daripada arus pembangunan ketika pentadbirannya selama 22 tahun.

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivaraajh Chandran, berkata persetujuan dikemukakan pakatan pembangkang jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu ditentang pengundi kaum India yang serik dengan pemerintahan 'kuku besi' Dr Mahathir.

Katanya, dasar berat sebelah yang digagaskan Dr Mahathir menyaksikan pegangan ekonomi masyarakat India di Malaysia terhakis, sehingga tercetusnya demonstrasi berskala besar menerusi perhimpunan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) pada 2007.

"Ketika pentadbiran Dr Mahathir, jumlah doktor India juga berkurangan, manakala penggiat industri insurans terjejas sekali gus merencatkan peluang ekonomi untuk masyarakat kaum ini.

"Dr Mahathir sendiri mengakui masyarakat India tidak diberikan khidmat sepatutnya sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia, namun kali ini janji sama dijaja sekiranya diberikan peluang kembali berkuasa.

"Kalau dalam Barisan Nasional (BN) yang mempunyai parti berasaskan masyarakat India pun beliau gagal mengotakan janjinya.

"Apatah lagi menerusi Pakatan Harapan dengan barisannya tidak langsung mempunyai pergerakan tunggal memperjuangkan kepentingan India?" katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya jika mereka menang pada PRU-14.

Sivaraajh berkata, masyarakat India masih bergelut untuk memperbaiki kerosakan yang dicetuskan Dr Mahathir menerusi pelbagai dasar pentadbirannya, namun usaha itu menemui sinar baharu menerusi kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

"Kita bernasib baik kerana BN mengambil langkah proaktif merungkai masalah masyarakat India dengan memperkenalkan Pelan Tindakan Pembangunan Orang India (MIB), iaitu dokumen pertama seumpamanya bagi memaju sosioekonomi kaum ini di Malaysia.

"Menghampiri PRU, masing-masing bertanya mengenai Deklarasi Gelang Patah, merangkumi 14 janji kononnya untuk mengangkat martabat masyarakat India, selain menyelesaikan isu kaum ini yang tidak mempunyai negara dalam tempoh 100 hari.

"Pengundi India tidak sepatutnya tertipu dengan janji ditabur Dr Mahathir dengan meneliti semula sumbangannya dalam mengangkat martabat kaum ketiga terbesar di negara ini.

"Kita ingin menegaskan sokongan pengundi India sudah kembali ke BN pada PRU-13 dan ia akan kekal pada PRU-14 pasca pengumuman Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri," katanya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ElyoOz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.