Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Kau Belanja Apa Sampai Banyak Macam Ni!’ – Suami Tengking Isteri Kerana Dicaj RM275 Kerana Beli Barang Keperluan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Kau Belanja Apa Sampai Banyak Macam Ni!’ – Suami Tengking Isteri Kerana Dicaj RM275 Kerana Beli Barang Keperluan

Isteri yang malang ialah isteri yang berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, yang tidak mengajar agama dan juga panas baran.

Isteri adalah tanggungjawab suami, jangan menganggap isteri seolah-olah manusia yang hanya boleh ‘diarah’ seperti orang gaji. Isteri adalah permata hati dan juga peneman hidup, hargai mereka.

Kisah yang hendak dikongsikan ini adalah satu kisah sedih apabila seorang isteri dilayan begitu teruk dan dimalukan oleh suami dihadapan semua orang. Suami jenis apakah yang sanggup memalukan isteri sendiri dihadapan umum.

Foto: Google Images

“Asalamualaikum admin. Saya tiada masalah rumah tangga. Cuma nak berkongsi satu kejadian di depan mata.

Begini, tengah hari tadi saya pergi belanja barang dapur di shopping mall The Mines, Serdang. Selepas saya memilih barangan dapur, saya pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ketika sedang menunggu giliran, di depan saya ada satu pasangan suami isteri bersama dengan dua orang anaknya. Seorang masih bayi dan yang seorang lagi anaknya lebih kurang sebaya dengan anak saya.

Saya terkejut apabila juruwang itu kata mereka kena bayar RM275. Saya dengar dengan jelas. Tahu apa jawapan si suami?

“Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!” si suami menengking isterinya di depan orang ramai.

Masa insiden itu berlaku, di belakang mereka ada dalam lima orang termasuk saya yang sedang menunggu giliran membuat pembayaran. Saya tengok wajah si isteri merah padam menahan rasa malu.

Selepas itu si suami terus menghulur duit RM150 dan terus pergi tanpa mempedulikan isteri dan dua orang anaknya. Si isteri terus memberitahu juruwang itu yang duitnya tidak cukup untuk membuat pembayaran. Dia letak barang-barang lain dan hanya mengambil beras, pampers, susu dan telur sahaja.

Saya kasihan melihat dia, lalu saya cakap pada dia, “Akak ambil saja, biar saya yang bayar bakinya.” Pada awalnya dia tidak mahu dan kata, “Takpe dik,”. Saya paksa juga dia menerima sebab di belakang ada ramai yang sedang menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Dengan rasa berat hati, dia mengambil barang-barang itu semua.

Hati saya rasa sedih melihat insiden yang berlaku di depan mata. Saya tak sampai hati tengok anak-anak dia. Tanpa sedar air mata saya mengalir pada masa itu. Mungkin di dalam hati dia juga menahan kesakitan dan rasa malu dimaki dan ditengking oleh suaminya di depan orang ramai.

Saya nak sampaikan kepada lelaki di luar sana, jangan kau memalukan isteri di depan orang ramai. Jangan kau hina dia. Sebaliknya hargailah isteri kerana nafkah sesungguhnya adalah tanggungjawab suami.

Itu saja yang saya nak kongsikan. Sampai sekarang saya masih teringat akan insiden itu. Alhamdulillah, suami saya baik dan cukup dalam memberi nafkah kepada saya dan anak-anak. Terima kasih min.

Sumber: Facebook/Kisah Rumah Tangga

The post ‘Kau Belanja Apa Sampai Banyak Macam Ni!’ – Suami Tengking Isteri Kerana Dicaj RM275 Kerana Beli Barang Keperluan appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ElJ3se

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.