Hi! Welcome Back and Stay Tune! Susu Kunyit Untuk Menghilangkan Masalah Batuk Dan Selsema - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Susu Kunyit Untuk Menghilangkan Masalah Batuk Dan Selsema

Ramai diantara kita yang gemar meminum susu seawal pagi dan juga sebelum tidur. Malah, susu sememangnya baik untuk badan tetapi ramai yang tidak tahu bahawa susu juga mampu menjadi penawar demam, iaitu mampu merawat batuk dan selesema.

Walaupun begitu, minum susu sahaja tidak mencukupi, anda harus menggunakan atau mencampurkan dengan bahan lain supaya petua ini menjadi dengan mencampurkan dua bahan ini; susu dan kunyit.

Jika kunyit juga terkenal dengan khasiatnya dalam pemakanan, selain menjadi rawatan untuk jerawat. Ianya juga mampu merawat batuk dan selesema.

Mencegah Insomnia

Vitamin dan berbagai nutrisi yang terkandung di dalam kunyit serta susu sangat baik untuk saraf otak. Minum susu kunyit secara rutin dapat mencegah insomnia, yang membantu kamu untuk tidur yang lena dan bangun dengan badan yang sihat pada esok hari.

Susu kunyit sangat bagus untuk menghilangkan batuk, selesema atau penyakit yang melibatkan saluran pernafasan seperti asthma. Ianya juga sangat baik untuk pencernaan. Resipi ini telah dikongsikan oleh Sue Bertley di laman Facebook miliknya.

“Hujan, sejuk malam ni, dah mula musim demam beramai- ramai pula. Sejak suami kena stroke di usia muda, saya kena rajinlah buat home remedy untuk dia.

Maka, malam ni mula lagi buat susu kunyit.

Susu kunyit, cara traditional melawan batuk, selesema atau penyakit biasa/ringan melibatkan saluran pernafasan. Susu kunyit juga membantu pencernaan. Biasa kami minum sebelum tidur, sangat membantu suami, pesakit stroke untuk tidur lebih lena dan tidak mudah demam selesema.

Bagus juga untuk joint, arthritis, almaklum mudah sakit badan, pinggang juga. Kawan- kawan boleh Google lagi kebaikan Turmeric Milk ni.

Bahan- bahan:

-2 cawan susu (susu segar, susu tepung )
-2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu dan perah jusnya.
-Sedikit air
-Secubit dua serbuk Lada Hitam
-Sedikit madu asli (jika mahu)
-Kalau rajin, buatlah untuk diri sendiri dan keluarga ye. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman.

Cara buat:

-Didihkan sedikit air dalam periuk (untuk elak susu hangit).
-Kecilkan api dan masukkan susu.
-Kemudian masukkan lada hitam, serta jus kunyit.
-Kacau hingga sebati, beberapa minit hingga susu mula berbuih kecil.
-Tutup api dan buat ala susu tarik.
-Dah suam, boleh masukkan sedikit madu dan minum.

Moga sehat walafiat semua, tak mahu demam ye.

Tambahan: kami minum 1-2kali saja seminggu.
Kalau kena demam, kami amal 2 hari berturut. Normally hari ke-3 dah sihat semula.

Sumber: Petuaibu.com

The post Susu Kunyit Untuk Menghilangkan Masalah Batuk Dan Selsema appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Fcz0XQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.