Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siapa Sangka Seks Juga Boleh Memberikan Manfaat Kepada Kesihatan Kita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siapa Sangka Seks Juga Boleh Memberikan Manfaat Kepada Kesihatan Kita

Setiap orang mempunyai prespektif masing-masing apabila kita menyebut mengenai seks. Ada orang yang mengelak dari berbicara mengenainya dan ada juga yang terbuka terhadap isu ini. Seks sebenarnya adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika diamalkan dengan betul.

Oleh itu, dalam Islam seks hanya halal kepada pasangan yang sudah berkahwin. Terdapat beberapa kebaikan seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan.

Mengurangkan Tekanan Darah

Sekumpulan penyelidik di Scotland melakukan kajian terhadap 24 wanita dan 22 lelaki dimana hubungan seks mereka direkodkan dan meletakkan mereka dalam keadaan tertekan seperti bising di khalayak ramai, membuat kira-kira matematik dan seterusnya memeriksa tekanan darah mereka.

Hasil kajian mendapati mereka menghadapi tindak balas yang baik terhadap tekanan perasaan ketika melakukan hubungan seks tersebut. Walaupun berada di persekitaran yang tertekan yang disebutkan sebentar tadi.

Selain daripada itu, seks juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi bagi pasangan yang tinggal bersama dan kerap melakukan hubungan seks. Bagi wanita yang sentiasa dipeluk oleh pasangannya pula cenderung mempunyai tekanan darah yang lebih baik. Bagi wanita-wanita stress diluar sana, pastikan dapatkan layanan pelukan dari pasangan anda! Moga berkurangan stress itu.

Bagi wanita-wanita stress diluar sana, pastikan dapatkan layanan pelukan dari pasangan anda! Moga berkurangan stress itu.

Meningkatkan Kekebalan Badan

Hasil kajian yang dilakukan para penyelidik di Wilkes Universiti mendapati pasangan yang mengadakan hubungan seks 1x atau 2x seminggu sekali mempunyai tahap immunoglobin A atau lgA yang lebih tinggi dimana ia adalah antibodi yang boleh membantu anda mengelakkan dari sebarang jangkitan penyakit.

Meningkatkan Kesihatan Jantung

Bagi lelaki yang mengadakan hubungan seks dua kali atau lebih seminggu berkemungkinan dapat mengelakkan dari serangan jantung berbanding mereka yang tidak atau kurang melakukan seks dalam sebulan. Bagi lelaki yang berumur pula, kajian mendapati tiada kaitan antara kekerapan mengadakan dan bagaimana hubungan seks dilakukan dengan penyakit strok.

Tiga puluh minit melakukan seks membakar 85 kalori. Kalau 90x setahun dah boleh bantu anta kurangkan 1kg berat badan.

Meningkatkan Sistem Imunisasi

Pelbagai penyakit yang berkait rapat dengan virus semakin meningkat akhir-akhir ini seperti selsema burung. Seks boleh menjadikan sistem imunisasi anda kuat. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Wilkes University, Pennsylvania, individu yang melakukan hubungan seks 1-2 kali seminggu menunjukkan 30% peningkatan antibodi immunoglobulin A yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi. Pelik tapi menarik.

Membantu Pengawalan Pundi Kencing agak pelik pada pendengaran anda, tapi seks dapat membantu pengawalan otot-otot pundi kencing anda. Pakar seks menyarankan senaman Kegel (kemutan otot pelvic) setiap hari dan sewaktu seks. Senaman ini bukan sahaja boleh meningkatkan rangsangan, tetapi juga menguatkan otot-otot yang terlibat dengan penyakit “incontinence” iaitu kurang pengawalan pundi kencing dan menyebabkan anda “tercicir” sewaktu bersin atau batuk. Cara senaman Kegel —-> Ketatkan otot pelvic anda sebagaimana anda menahan kencing. Tahan selama 3 saat dan lepaskan. Ulanglah sebanyak mana yang anda mahu.

Meningkatkan Kesihatan Mental

Apakah cara yang paling mudah untuk meningkatkan mood dan melawan tekanan perasaan? Jawapannya mudah. Hubungan seks dalam keadaan yang HALAL dan penuh KASIH SAYANG! Secara psikologi, seks membantu meningkatkan kesihatan mental kerana intimasi dan kasih sayang yang terlibat membantu mengurangkan tekanan. Hasilnya, paras hormon kortisol akan menurun. Hormon kortisol dikeluarkan oleh badan akibat stres dan ia boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kencing manis.

Mencantikkan Kulit

Bolehkah seks menjadikan anda lebih cantik? Sudah tentu! Aktiviti seks akan menggalakkan badan anda mengeluarkan pelbagai hormon yang meningkatkan kesihatan keseluruhan termasuklah kulit anda. Semasa hubungan seks, badan anda kan menghasilkan hormon “dehydroepiandrosterone” yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan kulit.

Pancutan Zakar Kurangkan Risiko Kanser Prostat

Pancutan yang kerap, terutamanya lelaki lingkungan 20-an boleh mengurangkan risiko mendapat kanser prostat. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan para penyelidik. Sebagai contoh, Persatuan Perubatan Amerika mendapati bahawa lelaki yang mempunyai 21 atau lebih pancutan sebulan, adalah kurang berkemungkinan untuk mendapat kanser prostat berbanding mereka yang mempunyai 4-7 pancutan sebulan.

Lelaki capai orgasm 21x sebulan, kurang berkemungkinan untuk mendapat kanser prostat berbanding mereka yang mencapai klimaks 4-7x sebulan.

Kenikmatan dan kesejahteraan keluarga boleh dirasai bersama jika melakukan aktiviti seks dengan betul. Bukan hanya dilakukan mengikut nafsu buas atau sebagainya, ia nya perlu dilakukan dengan ikhlas dan menghargai pasangan anda. Melakukan seks bukan sahaja memberi kebahagian dalam kehidupan malah memberikan kesihatan yang terjamin untuk masa hadapan.

Walaupun terdapat pelbagai faedah kesihatan yang dikaitkan dengan seks, tetapi sekali lagi, ingin saya tekankan, naluri seks yang disalurkan melalui perkahwinan adalah yang terbaik kerana ianya halal. Hubungan seks di luar perkahwinan hanya membawa kepada rasa menyesal yang bertimpa-timpa dan tekanan jiwa yang kebiasaannya dialami oleh pihak wanita. Akibatnya, pembuangan bayi yang tidak berdosa juga akan meningkat. Hanya sekadar luahan hati dari wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Sumber: Eh.com.my

The post Siapa Sangka Seks Juga Boleh Memberikan Manfaat Kepada Kesihatan Kita appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FfLRIH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.