Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Demi Menampung Kos Perubatan Isteri.' Lelaki Warga Emas Perah Keringat Ulang Alik Dari Muar Ke Melaka Jual Ikan Masin.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Demi Menampung Kos Perubatan Isteri.' Lelaki Warga Emas Perah Keringat Ulang Alik Dari Muar Ke Melaka Jual Ikan Masin..



KASIH seorang suami berusia 63 tahun sanggup berulang alik dari Muar ke Melaka demi melariskan jualan ikan masinnya bagi menampung kos perubatan si isteri yang tercinta.


Warga emas yang dikenali sebagai Md Zin Ahmad berasal dari Bukit Pasir, Muar Johor melakukan rutin hariannya dengan berulang alik ke Melaka Sentral seawal jam 8 pagi.

Setiap hari, keringat tuanya akan membawa kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diambil dari Parit Jawa, Muar dan akan memastikan jualannya itu laris.


Md Zain juga memberitahu bahawa ada segelintir masyarakat yang hanya memandang sebelah mata apabila dia menjual dan dia langsung tidak mengambil hati serta mendesak sesiapa untuk membeli ikan masin itu.

Bagaimanapun, isterinya, Fatimah Md Said, 73, kini sedang terlantar di rumah akibat sakit tua dan itu membuatkan dia perlu gagahkan diri unrtuk mencari rezeki.


“Pak cik tidak mahu membebankan empat anak yang sudah dewasa kerana mereka mempunyai keluarga sendiri,” katanya dipetik daripada BH Online.


Siapa sangka, dia hanya memperoleh komisen 50 sen sahaja bagi setiap bungkus ikan masin namun perbelanjaan tambangnya pergi balik mencecah RM30 serta termasuk untuk membeli makanan sementara menunggu pulang ke rumah kira-kira jam 9 malam.


“Saya terpaksa berjalan ke kawasan Melaka Sentral untuk menjual ikan masin dengan harga RM10 bagi empat bungkus kerana sambutan di situ lebih menggalakkan, berbanding tempat lain,” ujarnya lagi.

Dalam kegigihannya menjual, dia turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.


Walaupun sakit tetapi warga emas itu tetap akan membawa bekalan ubatnya yang perlu dimakan mengikut masa yang ditetapkan.


“Kadangkala ada rezeki lebih apabila pelanggan yang sedia tahu saya di sini (Melaka Sentral) akan mencari saya untuk menempah bekalan ikan masin untuk majlis kenduri kesyukuran dan kenduri perkahwinan,” tambahnya lagi.


Dalam masa yang sama, sekitar Disember tahun lalu, Md Zain sudahpun tular di media sosial Twitter apabila ada netizen yang memuat naik gambarnya serta nombor akaunnya untuk diberikan sebarang bantuan.

Ramai netizen tertarik dengan usaha yang dilakukan oleh warga emas itu dan berharap agar hidupnya akan berubah selepas kisah hidupnya mendapat perhatian ramai.

Kuasa viral masa kini jika digunakan dengan baik, pasti akan memudahkan urusan seseorang dan kini difahamkan semakin ramai orang mencarinya untuk mendapatkan ikan masin yang dijualnya.-


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Db3rQM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.