Hi! Welcome Back and Stay Tune! Geram Punya Pasal, Pekerja Bunuh Majikan Sekeluarga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Geram Punya Pasal, Pekerja Bunuh Majikan Sekeluarga

BERANG sering dimarahi majikan, seorang pekerja kedai runcit bertindak di luar dugaan apabila membunuh secara kejam keluarga majikannya termasuk seorang anak kecil berusia lapan tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Jumaat dua minggu lalu, Ridwan membunuh majikannya, Tjisun, 45, dan isterinya, Minarni, 40, serta anak mereka, Callietos Ng di kediaman mangsa di Kecamatan Kuta Alam, Banda Aceh.

Suspek berusia 22 tahun itu bagaimanapun ditangkap polis ketika dia sedang merancang untuk melarikan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, wilayah Sumatera Utara seminggu selepas kejadian.

Menurut portal Tribunnews, kesemua mangsa berkenaan ditemui di rumah mereka dalam keadaan agak menyayat hati oleh sepasukan polis dari unit Polis Daerah Aceh pada Khamis lalu.

Mayat Tijisun dijumpai dengan luka di bahagian leher dipercayai ditetak, manakala isterinya pula dalam keadaan terlentang tanpa pakaian dengan bekas luka cekikan di leher

Lebih memilukan, mayat anak mereka ditemui putus tidak berkepala akibat ditetak suspek.

Dalam keterangan Ridwan, dia yang baharu sahaja bekerja dengan mangsa selama sebulan mengaku sering sakit hati kerana kerap dimarahi oleh majikannya itu.

Tidak tahan dengan hal itu, Ridwan nekad melakukan balas dendam dengan menamatkan riwayat majikan dan seluruh ahli keluarganya.

Jurucakap polis, Kombes Misbahul Munauwar berkata, punca utama suspek bertindak membunuh keluarga majikannya adalah kerana dendam akibat sering dimarahi.

“Suspek yang bekerja di kedai runcit milik mangsa membunuh keluarga majikannya kerana terlalu sakit hati akibat sering dimarahi setiap kali melakukan pekerjaan,” katanya.

Hasil soal siasat dengan suspek juga sekali gus membuktikan dakwaan yang mengatakan kononnya kejadian itu mempunyai kaitan dengan isu perkauman adalah tidak benar.

“Itu tidak benar. Kes ini diklasifikasikan sebagai jenayah tulen. Keterangan suspek sekali gus tepis dakwaan beberapa pihak media yang mengatakan kes ini berkait dengan perkauman,” katanya.

Hasil bedah siasat juga mendapati, terdapat kesan luka pada ketiga-tiga mangsa yang menunjukkan mereka diserang dengan hanya menggunakan pisau.

Difahamkan, suspek akan didakwa di sebuah mahkamah Indonesia kerana membunuh dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 18 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mFyXMy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.