Gara-Gara Isu Madu, Zulin-Netizen Bergaduh
BILA orang salah faham apa yang kita sampaikan, maka terjadilah perselisihan faham sehingga dibawa ke mahkamah. Lebih buruk jika ianya sudah menjadi fitnah hingga mengganggu periuk nasi orang lain.
Perkara itu baru sahaja terjadi kepada pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz apabila dia telah digelar sebagai sundal oleh seorang wanita yang tidak dikenali.
‘Pertelingkahan’ itu mula terjadi apabila baru-baru ini Zulin mengeluarkan kenyataan tidak kisah bermadu di dalam akhbar Harian Metro.
BACA:Zulin Aziz Akui Tak Kisah Kongsi Suami!
Wanita yang dikenali sebagai Dura Hatta itu telah berkongsi artikel daripada akhbar berkenaan di akaun Facebooknya dengan caption ‘Perempuan Melayu Sundal’.
Zulin yang berang terus membalas kata-kata kesat wanita yang entah dari mana itu dan turut disokong oleh peminatnya sendiri.
“Saya bukan tahu jodoh saya dengan siapa…Kalau saya cakap tak nak nanti, itu yang saya dapat…Sebab itu saya redha je lah, itu pun kena kecam.
“Ada yang salah ke ayat saya tu? Tang mana yang salah?,” tulisnya merujuk kepada posting dibuat wanita tersebut.
Dalam masa yang sama, wanita itu mengatakan akan menyaman Zulin atas sebab kononnya dakwaan sebagai mangsa pembuli siber.
Walhal wanita berkenaan yang memulakan fitnah berkenaan ke atas Zulin.
Alasannya adalah kerana peminat Zulin telah ‘menyerang’ akaun Facebooknya dengan cara memuat naik gambar dirinya dan keluarga.
Namun, perkara itu secara terang-terangan tiada kaitan dengan Zulin kerana pelakon tersebut langsung tidak menyuruh peminatnya membuat demikian.
Walaupun diugut untuk disaman, Zulin tetap teguh dengan pendiriannya dan tidak takut dengan desakan wanita itu kerana dia turut mempunyai banyak bukti menunjukkan siapa yang memulakan pergaduhan tersebut.
Bagaimanapun, Zulin turut ada memadam beberapa posting atas nasihat peguam dan pengurusnya kerana bimbang perkara yang tidak diingini akan berlaku.
Zulin turut meminta agar wanita berkenaan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial kerana namanya kini sudah buruk akibat fitnah yang dilemparkan wanita tersebut.
“Semua org nampak kau yg post dan mengutuk aku dulu lepastu taknak mengaku.yg kau nak buat report sebab diri sendiri fitnah org kau tak malu ke?..
“Langsung tak takut Allah.ingat diri tu betul.apa kau ckp tu sah2 fitnah dan aibkan aku.aku ni xkacau hidup org.mana pernah aku bergaduh mcmni ngan org.kat situ kau boleh pikir..aku buat hal aku je.kau yg kacau aku… “ tulisnya lagi.
Apa pun diharapkan perkara ini akan dapat diselesaikan kerana ianya hanya berpunca daripada mulut longkang netizen yang sekadar bercakap tanpa berfikir.
Sebab itu orang kata, jangan dijolok sarang tebuan. Kelak diri sendiri yang akan merana atas perbuatan sendiri.-MYNEWSHUB.CC / AH
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mCiglm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment