Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebab Sebenar Mahathir Tidak Berjumpa Anwar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebab Sebenar Mahathir Tidak Berjumpa Anwar



Cubaan Tun Dr Mahathir untuk memburuk-burukkan kerajaan BN Persekutuan gagal sekali lagi.

Segalanya disebabkan oleh kegagalan beliau untuk berjumpa Anwar Ibrahim yang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau menuduh Jabatan Penjara mendapat arahan daripada 'pihak tertinggi' iaitu Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi.

Zahid Hamidi telah menafikannya. Beliau berkata, kuasa memberi kebenaran bagi sebarang pertemuan adalah tertakluk kepada pihak Jabatan Penjara dan Penjara Sungai Buloh.

"Bukan kerana Menteri (Menteri Dalam Negeri), kuasa itu kuasa dia (pihak penjara). Saya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada ketua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.

Lebih memalukan lagi ialah kegagalan Mahathir berjumpa Anwar disebabkan oleh Mahathir sendiri.

Mahathir atau pihak beliau TIDAK PERNAH memohon secara rasmi daripada Jabatan Penjara dan Penjara Sungai Buloh.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar. Beliau juga memaklumkan bahawa keputusan untuk tidak memberi kebenaran itu datang daripada pihak Penjara Sungai Buloh dan bukan keputusan Menteri Dalam Negeri.

Ketua Pengarah Penjara juga berkata, mereka akan mempertimbangkan jika ada permohonan daripada Mahathir.

Kata mudah, Mahathir main redah sahaja untuk berjumpa Anwar. Padahal, beliau perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Malah, jika Mahathir dan puak pembangkang cuba memutar belitkan isu ini dengan mendakwa kononnya pihak kerajaan cuba sabotaj, mereka perlu tahu bahawa Lim Guan Eng DAP telah diberi kebenaran untuk berjumpa Anwar di Hospital tersebut.

Jika kita merujuk kepada Bahagian IV (Jagaan Dan Pengalihan Banduan) dalam Akta Penjara:

Jagaan

26. (I) Seseorang banduan -

(a) hendaklah tertakluk kepada tatatertib penjara dan kepada semua undang-undang bertulis berhubungan dengan penjara atau banduan dan kepada Perintah Tetap Komisioner Jeneral dalam tempoh pemenjaraannya, sama ada dia berada dalam kawasan penjara atau tidak; dan

(b) semasa berada dalam jagaan atau di bawah kawalan seseorang pegawai penjara-

(ii) selainnya berada di luar batasan penjara, hendaklah disifatkan berada dalam penjara dan hendaklah tertakluk kepada semua keadaan yang sama seolah-olah dia sebenarnya berada dalam penjara.

Maksudnya, Anwar Ibrahim masih tertakluk kepada undang-undang kerana beliau adalah seorang banduan.

Hanya satu sahaja cara untuk Mahathir mempertahankan kenyataan beliau itu iaitu dengan mendedahkan surat rasmi kepada Jabatan Penjara dan Penjara Sungai Buloh untuk membuktikan kenyataan beliau. Itu pun jika ada.

1. Jika gagal menujukkan bukti surat rasmi, pelan beliau untuk berjumpa Anwar Ibrahim itu hanya sekadar sandiwara beliau untuk mengaburi orang ramai terutamanya penyokong-penyokong Pakatan Harapan.

2. Kita sedia maklum bahawa wujud perbalahan, tidak puas hati dan marah di antara kepimpinan Pakatan pembangkang dan penyokong-penyokongnya. Mereka tidak puas hati dengan perlantikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri mereka.

3. Jika gagal menunjukkan bukti surat rasmi, Mahathir memang tidak mahu berjumpa dengan Anwar Ibrahim, musuh beliau untuk sekian lama. Mahathir yang menyumbat Anwar Ibrahim ke dalam penjara dan telah memalukan seluruh keturunan Anwar Ibrahim.

4. Perjumpaan di Hospital Cheras itu sudah tentu lebih lama bukan 'sekelip mata' sahaja seperti perjumpaan mereka di dalam Mahkamah. Mana mungkin Mahathir yang begitu tinggi egonya, mahu mendengar 'syarahan' dan komentar Anwar secara one to one.

5. Anwar Ibrahim pun tinggi egonya. Dalam isu Pakatan Harapan, beliau boleh berkata apa sahaja kepada Mahathir Mohamad. Beliau tidak mungkin mahu dinilai sebagai individu yang tunduk daripada Mahathir.

6. Anwar sudah tentu mahu input dan berita pertemuan yang akan disiarkan di dalam media menunjukkan beliau dapat mengawal dan lebih superior daripada Mahathir.

7. Anwar tahu bahawa Mahathir serta parti PPBM adalah pihak yang tiada bargaining power dan amat bergantung kepada budi bicara serta keputusan beliau.

8. Mahathir pula tidak boleh berbohong atau tidak menyatakan intipati sebenar perbualan beliau dengan Anwar kerana Nurul Izzah ada bersama mereka.

Atau segala yang berlaku hanya sekadar diversion untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu calon PM puak pembangkang dan pembahagian kerusi parlimen yang benar-benar telah merobek dan memecah belahkan puak pembangkang.

Persoalannya sekarang, apakah Mahathir akan membuat permohonan rasmi kepada Jabatan Penjara dan Penjara Sungai Buloh?

Beliau perlu melakukannya kerana bagaimana tinggi pun egonya, Mahathir terpaksa juga menghadap Anwar Ibrahim untuk mendapat restunya.

Cuma satu, janganlah pula perjumpaan nanti tanpa diketahui atau tanpa kehadiran Nurul Izzah.

Kita tunggu dan lihat.

Sumber: Dr Novandri

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FC8qaR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.