PH jangan tamak, pastikan Dr M di kerusi selamat, kata Zaid
Bekas menteri itu berkata Dr Mahathir Mohamad sekalipun tidak dijamin kemenangan di kerusi yang bakal ditandinginya.
PETALING JAYA: Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim menggesa Pakatan Harapan (PH) memastikan Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di kerusi yang selamat untuk pembangkang, sambil tidak setuju calon perdana menteri gabungan itu diletakkan di Kubang Pasu, Langkawi atau Putrajaya.
“Semua kerusi itu merupakan kerusi tidak selamat dan tidak boleh memastikan Pakatan Harapan dapat menjadikan beliau perdana menteri, melainkan mereka memang tidak kisah beliau kalah,” kata Zaid dalam kritikan terbuka terhadap gabungan pembangkang itu di blognya.
Beliau bersetuju dengan pandangan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, baru-baru ini yang PPBM banyak diberikan kerusi “Gred C”, iaitu yang “sukar” dimenangi.
Ahad lalu, PH mengumumkan rundingan pembahagian kerusi Parlimen di kalangan 4 parti sudah selesai di Semenanjung Malaysia.
PPBM diperuntukkan 52 kerusi, PKR 51, DAP 35 dan Amanah 27.
Senarai yang tersebar selepas itu menunjukkan PPBM akan bertanding di Putrajaya, Langkawi dan Kubang Pasu, kerusi yang lama disandang Dr Mahathir sehingga 2004.
Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau mungkin bertanding di salah satu daripada kerusi itu, yang sebelum ini dimenangi Barisan Nasional (BN).
Zaid bagaimanapun berkata PH sepatutnya memperuntukkan kerusi selamat untuk mereka yang bakal memimpin kerajaan sekiranya menang, tidak kira parti mana diwakilinya.
“Jika pimpinan Pakatan Harapan tidak peduli risiko yang dihadapi Dr Mahathir, saya katakan mereka tamak, dan sifat tamak tidak akan membawa kemenangan,” kata Zaid.
Bagi Zaid, Dr Mahathir sekalipun tidak boleh menang mudah, sambil berkata “Melayu mudah lupa”, baris daripada puisi yang dibacakan bekas presiden Umno itu satu masa dulu.
Beliau memberi contoh bagaimana Dr Mahathir pada 2006 tidak dipilih sebagai perwakilan Kubang Pasu untuk ke Perhimpunan Agung Umno.
Sementara di Putrajaya, Zaid berkata penjawat awam seperti guru sekolah yang sebelum ini “tanpa segan” menyanyikan lagu Umno tidak mungkin mengambil peduli soal kebenaran dan keadilan.
Zaid, seorang ahli DAP, berkata selain Dr Mahathir, pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Hatta Ramli juga perlu ditempatkan di kawasan yang pembangkang ada peluang menang.
Beliau turut membidas segelintir penyokong pembangkang yang masih bercakap mengenai kesalahan Dr Mahathir pada masa lampau.
“Golongan pembenci Mahathir ini tidak akan berpuas hati walaupun diberikan penjelasan.
“Permainan sudah bermula dan sudah terlambat untuk menukar kapten di padang,” kata Zaid.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2D6Q2bE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment