Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir, Zaman Sekarang Dah Berubah: Ku Nan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir, Zaman Sekarang Dah Berubah: Ku Nan

KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa zaman sudah berubah sejak pemerintahan beliau sebagai perdana menteri, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Sebagai bekas PM, Mahathir patut tahu apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan adalah demi kebaikan negara.

“Beliau patut menerima realiti bahawa banyak perubahan yang telah berlaku sejak beliau mentadbir negara ini,” kata Ku Nan, sambil menambah bahawa beliau amat yakin dengan kepimpinan Najib dan usaha yang telah beliau lakukan bagi memastikan Malaysia sentiasa progresif.

Setiausaha Agung Umno itu turut mengatakan bahawa penamaan Mahathir sebagai calon PM parti Pakatan Harapan (PH) hanya membuktikan bahawa pembangkang tidak mempunyai calon yang berwibawa.

“Jadi persoalannya, mengapa beliau masih mahu mentadbir negara ini,” katanya dalam ucapannya semasa majlis perasmian perpustaakan komuniti di Wangsa Maju, hari ini.

Pada 7 Januari lalu, PH telah menamakan Mahathir sebagai Perdana Menteri jika ia memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Pakatan turut mengatakan bahawaia akan memohon pengampunan DiRaja untuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim jika ia dapat ‘menawan’ Putrajaya, dan menjadikan Anwar sebagai perdana menteri jika pengampunan itu diberikan.-MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mExCpt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.