Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Perjanjian Bertulis Anwar Bakal Dilantik PM, Dr Mahathir Tidak Bodoh! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Perjanjian Bertulis Anwar Bakal Dilantik PM, Dr Mahathir Tidak Bodoh!





TIDAK sampai seminggu selepas Konvensyen Pakatan Harapan yang menyaksikan Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Sementara beberapa otai PKR dan AMANAH menyerlahkan kemarahan mereka.

Pertama, parti AMANAH Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunjukkan kemarahan mereka. AMANAH Johor memboikot konvensyen tersebut manakala AMANAH KL diselebungi kesedihan dan kemarahan. Cita-cita mereka mahu menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan semakin samar dengan hanya peruntukan 27 Kerusi, menjadikan AMANAH sebuah parti yang paling kecil dan paling lemah dalam PH.

Manakala PKR Selangor berantakan antara Kem DS Azmin Ali vs Kem DS Wan Azizah yang digerakkan oleh Rafizi Ramli. Umum mengetahui Rafizi tidak pernah ngam dengan Azmin, malahan sejak Azmin menjadi Mentri Besar Selangor tidak ada penglibatan besar Rafizi. Azmin mengetepikan Rafizi kerana Rafizi berada di dalam kem Dr Wan Azizah. Selepas kegagalan Rafizi menaikkan Dr Wan Azizah dalam Langkah Kajang, perlantikan Dr Wan Azizah sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri sangat menggembirakan Rafizi.

Dalam pada itu, otai-otai Reformasi 1998 kekal hanya mahukan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukannya Tun M.

Semua orang telah tertipu. Adakah anda melihat apa-apa perjanjian bertulis untuk mengesahkan Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri sejurus selepas Anwar diberi keampunan oleh DYMM SPB Yang DiPertuan Agong ? Adakah anda melihat ada tempoh masa Perdana Menteri sementara? 2 bulan atau 12 bulan atau 24 bulan atau sehingga Mukhriz berjaya dinaikkan sebagai Perdana Menteri ?

Kembali kepada sejarah 1998, Tun M dengan tegas menyatakan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana perbuatan sodomi (disebut oleh Tun M dengan perkataan melancap dalam B Inggeris) dan sebab kedua amalan rasuah Anwar (Rujuk Youtube Ucapan Tun M sewaktu memecat Anwar:1998). Sehingga saat ini, Tun M tidak pernah menarik balik semua tuduhan jelik itu.

Sepatutnya PKR mempertahankan status quo hanya Anwar sahaja Perdana Menteri bukannya menyerahkan semula kepada Tun M yang mungkin bertaraf sementara sehingga beberapa tahun lagi.

Pada ketika itu, apabila ditanya oleh wartawan mengapa Anwar belum dilantik sebagai Perdana Menteri, jawapan yang akan diberikan dan ayat lumrah ialah DYMM SPB Yang DiPertuan Agong tidak dapat memperkenankan pengampunan kerana kesalahan Anwar sangat berat dan dia terikat dengan perlembagaan.

Melaka Bandaraya Bersejarah

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FCHtUF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.