Huawei Memenangi Kes Saman Paten Terhadap Samsung Di China
Saman-menyaman dalam arena teknologi bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini, pada 2016 yang lepas, Huawei telah memfailkan saman ke atas Samsung di China – mengatakan Samsung melanggar paten komunikasi tanpa-wayar milik Huawei.
Hari ini, mahkamah di China telah mengeluarkan keputusan mereka, dan memihak kepada Huawei. Mahkamah mengarahkan Samsung berhenti menjual produk dengan teknologi paten berkenaan, dan meminta Samsung membayar sejumlah kecil wang yuran mahkamah.
Model peranti yang terlibat dengan kes ini tidak diumumkan oleh mahkamah.
Seperti biasa, Samsung dipetik mengatakan mereka akan melihat kepada keputusan mahkamah ini dan mengambil langkah seterusnya yang sepatutnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mkMfxf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment