Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas PRU14, Berkuburlah PH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas PRU14, Berkuburlah PH





LEPAS PRU14, BERKUBURLAH PH

Dulu buat Barisan Alternatif pada 1999, hendak tumbangkan Mahathir yang dikata "Mahafiraun". Sanggup guling guling dan tidur atas jalan kerana hendak lawan Mahafiruan yang zalim.

Kena pukul dengan cota, kena sembur gas pemedih mata dan kena penjara, semua tidak rasa apa apa dan tidak mengapa kerana lebih sakit melihat Mahathir berkuasa dan menjadi raja. Sakit melihat Mahathir di puncak kuasa lebih pedih waktu itu.

Kemudian, tahun 2001, DAP keluar dari Barisan Alternatif. Tidak puas hati dengan PAS. Tidak lama selepas itu, Barisan Alternatif pun turut sama "bungkuih" dan pergi melingkup.

Lepas keluar penjara, Anwar tanding di "Matang Pauh" pada 2008. Mahathir terus dikutuk dan dikecam Anwar. Masa Anwar duduk lama 1998-2004, kenapa masa itu Mahathir tidak hendak pergi melawat ?

Mati Barisan Alternatif, depa buat pula Pakatan Rakyat pada 2008. Tahan tidak lama juga. Di Penang, DAP terajang keluaq PAS bila dapat kuasa. Di Selangor pun, PAS nak kena terajang keluaq lepas PRU14 ini.

DAP sudah taja PAN lawan PAS. Bagi duit, bayaq gaji Mat Sabu sampai RM15,000 sebulan. Nak hingaq apa lagi, dedak dah penuh mulut DAP bagi. Jadilah hamba DAP, mengumpan undi Melayu.

Sekarang ini, dengan adanya PAN dan PPBM, Pakatan Harapan dibuat. Bagi jawatan Perdana Menteri, depa sebut orang yang duduk jawatan itu hanya "sementara" sahaja.

Ramai tidak sedaq, Pakatan Harapan ini pun hanyalah "pakatan yang sementara" sahaja juga. Berpakat sementara sahaja untuk rebut kuasa. Lepas dapat kuasa, tidak berpakat dah.

Tubuh pakatan lain pula, untuk perjatuh depa sama sendiri. Mahathir pun duk simpan bideo Bang Non, DAP pun simpan bideo, Bang Non pun ada simpan peluru.

Menang pun depa berkelai, kalah pun depa berkelai. Minyak dan ayaq mana boleh campuq. Kucing dan anjing mana bulih duk sekali, depa akan berkelai sakan. Hampa tunggu tengoklah.

Ni gambaq kubuq depa, dah gali siap siap dah...

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EIYtXL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.