Parti Satu Kerusi Tidak Layak PM, 'Top Dog' Sebenar Pembangkang Ialah DAP
Hakikatnya, dalam Pakatan Harapan sekarang, DAP ada 37 kerusi, PKR ada 28 kerusi, PAN yang dipimpin oleh Mohamad Sabu ada enam kerusi dan PPBM hanya ada satu iaitu Muhyiddin Yassin di Pagoh.
Dengan hanya satu kerusi, PPBM hanya melukut di tepi gantang sahajalah. Meminta simpati dengan DAP. Ketua sebenar dalam pembangkang adalah DAP bukannya Mahathir.
Biarpun dalam konvensyen Pakatan Harapan pada hari 7 Januari lepas, PPBM kata hendak tanding 52 kerusi, PKR 51 kerusi, DAP tanding 35 dan PAN tanding 27. Jumlahnya baru 165 kerusi.
Ada lagi baki 57 kerusi di Sabah dan Sarawak. Di dua negeri itu, PPBM dan PAN tidak akan bertanding. Dari 57 kerusi ini, PKR akan ambil 19 kerusi dan DAP akan ambil 15 kerusi. Jika ikut agihan pada PRU13, begitulah agihannya.
Oleh itu jumlah sebenar di 222 kerusi parlimen bagi pembangkang adalah seperti berikut :
1) DAP - 50 kerusi
2) PKR - 70 kerusi
3) PPBM - 52 kerusi
4) PAN - 27 kerusi
Jumlah kerusi - 199 kerusi.
Ada lagi baki 23 kerusi. Dulu PAS yang tanding di 14 kerusi, kini PAS sudah tiada. Mungkin 2 diambil oleh parti Warisan di Sabah. Jadi baki lagi 21 kerusi ini siapa akan tanding? Sudah tentu akan diisi oleh DAP yang akan menaja calon calon tertentu di kawasan pedalaman.
Oleh itu, jumlah sebenar agihan adalah seperti ini ;
1) DAP (gabungan DAP & PAN) - 71 kerusi
2) PKR - 70 kerusi
3) PPBM - 52 kerusi
4) PAN - 27 kerusi
4) Warisan - 2 kerusi
Jumlah kerusi - 222 kerusi.
Dari 222 kerusi ini, DAP menang 38 dari 51 kerusi (74.5% peratus menang).
PKR tanding 99, menang 30 kerusi (30.3% peratus menang).
Ini bermakna jika DAP tanding 71 kerusi dan katakanlah 75% menang, akan jadi 53 kerusi. Namun jika diikut anggaran peratusan penduduk dan kekuatan DAP, paling banyak pun DAP akan dapat 42 kerusi sahaja.
PKR pula tanding 70 kerusi dan dengan 30% kemenangan pada PRU yang lepas akan jadi jumlahnya 21 kerusi. Dulu PKR banyak dapat undi dari PAS dan guna jentera PAS. Kali ini, peluang calon PKR akan lebih tipis kecuali di kawasan DAP. Oleh itu, paling kuat PKR boleh menang dalam 15 kerusi sahaja.
Jumlah anggaran DAP (42 kerusi) dan PKR (15 kerusi), baru jadi 57 kerusi. Bagaimana nasib PPBM dan PAN? Dua parti ini belum ada rekod dalam PRU. Di Sarawak, PAN kalah semua dan hilang deposit. Di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, PAN kalah teruk.
Jadi peratusan PAN menang dari 27 kerusi ini adalah tipis. Paling kuat boleh dapat 5 kerusi sahaja di Shah Alam, Parit Buntar, Kota Raja, Kuala Krai & Sepang. Itu pun kalau ada tiga penjuru, PAN hendak dapat dua kerusi pun susah. Secara logik, dua sahaja kerusi PAN boleh dapat.
Bagaimana pula nasib PPBM? Lemah di akar umbi. Tiada orang berpengaruh dan hanya semata mata harap Mahathir sahaja. Di Langkawi, Jerlun dan Muar sahaja PPBM nampak macam kuat. Di tempat lain, rasanya kalah habis. Tampak lagi kalau ada pertandingan tiga penjuru.
Ambil kira kerusi kerusi yang PAN dan PPBM tanding adalah kubu kuat UMNO yang menang majoriti kebanyakkannya 10,000 undi ke atas.
Anggaran keputusan undi yang pembangkang boleh dapat adalah seperti berikut ;
1) DAP 42 kerusi
2) PKR 15 kerusi
3) PAN 2 kerusi
4) PPBM 3 kerusi
Jumlah - 62 kerusi
PAS dijangka kekalkan kerusi kerusi mereka di Marang, Temerloh dan Pasir Mas dan mungkin menang 10 kerusi.
Jadi daripada 222 kerusi parlimen, BN akan menang 150 kerusi (keputusan 2/3 majoriti di parlimen).
Buang masa sahaja undi pembangkang, inilah realiti politiknya. Beri 2/3 kembali di parlimen, barulah negara ini lebih aman dan tenteram.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EKrd2B
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment