Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 matlamat kewangan anak muda wajib ada. Ikut nasihat lelaki ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 matlamat kewangan anak muda wajib ada. Ikut nasihat lelaki ini

Kalau tak dijaga sebaik mungkin, ada potensi kewangan korang akan ke laut untuk tempoh masa yang panjang.

Itu sebab, Tok selalu cadangkan korang supaya bermula awal. Tok tak suka tengok anak muda hanyut, enjoy sana-sini tak ingat dunia.

Acah-acah kaya, mungkin boleh buatkan korang rasa puas hati. Tapi yang pasti, bukan untuk jangka masa yang lama.

Dah ‘tersontot’ nanti, nak cakap padan muka pun dah tak guna.

Korang masih ada peluang untuk ubah semua ini. Hadamkan perkongsian ilmu Tuan Amir Syahir ni laju-laju.

“Muda lagi kot. Enjoy puas-puas dulu”

Usia muda kita sangat berharga. Apa yang kita buat di usia muda, akan beri impak kepada kita di usia tua kelak.

Orang hipster dan urban macam korang cakap :

“Ala, rilek la. Kita muda lagi. Enjoy la puas-puas dulu. Jom travel dulu. Tengok dunia”

Nak enjoy, boleh. Tapi biar berpada-pada. Jangan berhutang sakan. Masuk umur 40 tahun, mula la kelam-kabut. Baru nak kenal erti penyesalan. 

10 perkara di bawah bolehlah dijadikan sebagai panduan matlamat kewangan sebelum korang berusia 30 tahun :

Nasihat #1 : Cari sumber pendapatan yang halalan toyyiban

Tak kiralah apa pun pekerjaan korang. Yang penting, buat kerja yang halal dan sah di sisi undang-undang.

Korang sudah ada kerja yang korang suka buat. Korang boleh hadapi tekanan kerja. Korang ada pendapatan yang baik dan tetap.

Apa yang penting, usaha. Usaha cari pendapatan dan stabilkan keadaan ekonomi korang. Bukan hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.

Nasihat #2 : “Simpan dulu, baru belanja” – Teknik urus duit yang berkesan?

Tak kira la apa pun kerja korang, sama ada korang bekerja sebagai kejuruteraan pam minyak ataupun kejuruteraan cashier, korang mesti mahir menguruskan hal ehwal kewangan sendiri.

Korang kena bezakan yang mana kehendak dan keperluan. Korang tahu aliran keluar masuk wang korang. Takde la setiap kali bila dapat gaji, duit korang terus pupus tak tahu ke mana.

Buat bajet kewangan. Bila dah dapat gaji, rancang apa yang perlu dibayar, apa yang perlu dibeli dan sebagainya. Baru la kewangan korang akan lebih terurus.

Nasihat #3 : Jangan lupa pelbagaikan tabung simpanan

Korang kena buat beberapa tabungan. Buat la tabung simpanan, tabung kecemasan, tabung pelaburan, tabung umrah, tabung percutian, dan pelbagai tabung untuk kegunaan personal korang.

Tabung/dana kecemasan ini sangat penting disaat kita menghadapi ujian atau masalah. Sediakan tabung kecemasan sekurang kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji korang.

Kalau tak dapat simpan banyak, cuba la simpan dengan nilai yang sedikit terlebih dulu. Asalkan menyimpan. 

Nasihat #4 : Set matlamat untuk beli rumah (paling kurang sebiji)

Membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai aset. Ya. Rumah. Sejurus je korang dah mula bekerja, sila setkan minda membina tabung untuk membeli rumah.

Kalau korang membeli rumah sebelum umur 30 tahun, ansuran bulanan menjadi rendah sebab boleh ambil tempoh pembiayaan yang panjang.

Rumah mahal? Tak mampu simpan untuk deposit rumah? Teruskan menggali ilmu hartanah. Jangan pulak kerja nak main Facebook je.

Nasihat #5 : Belajar rangka pelan pelaburan yang awesome

Melabur dengan bijak. Jauhi skim cepat kaya, skim yang membawa keuntungan cepat. Realiti kekayaan, takde jalan pintas. Kalau berjaya kaya cepat pun, tak kekal lama.

Banyak pelaburan di Malaysia yang dijamin kerajaan, contohnya ASB. Simpan di Tabung Haji pun boleh juga. Asalkan tetap dan berterusan, dan lebih 10% gaji setiap bulan. 

Keupayaan melabur sebenarnya bergantung kepada keupayaan korang mengawal kehendak diri sendiri. Jangan cakap tak mampu sebelum mencuba.

Tak mampu melabur banyak, melabur dalam nilai yang kecil terlebih dahulu. Jangan nak tunggu banyak duit baru korang mula nak melabur.

Nasihat #6 : Tak ada perlindungan Takaful? Buat sekarang

Kesihatan adalah anugerah yang tak ternilai. Jadi, sediakan tabung untuk membiayai masa korang sakit nanti, atau kalau ditimpa sebarang kemalangan.

Tak perlu fikir panjang untuk ambil Takaful. Benda ni penting.

Nasihat #7 : Elak beli kereta yang tak sepadan dengan gaji

Beli kereta tak salah. Yang salah adalah membeli kereta tak sepadan dengan gaji korang. Gaji ciput, tapi beli Honda City? Ini akan bakal susahkan korang kelak.

Habis separuh gaji buat bayar ansuran kereta. Nak makan pun, pinjam duit kawan. Tak kisah makan mi segera, janji ada ada huruf ‘H’ kat kunci kereta. 

Ukur baju di badan sendiri. Beli kereta yang bersesuaian dengan pendapatan korang. Ini tak, tak nak kalah dengan kawan korang yang pakai Honda City. Tengok la dulu gaji dia berapa, dan gaji korang pulak berapa.

Nasihat #8 : Belanja, ikut kemampuan diri. Bukan ikut orang lain

Tak perlu bergaya hidup mewah sekadar nak menunjuk kat kawan-kawan korang tu. Padahal dalam bank, simpanan susah nak capai 4 angka.

Just, be yourself. Belanja dan bergaya ikut kemampuan korang.

Nasihat #9 : Bebaskan diri jadi mangsa ‘hutang jahat’

Jadi bijak dalam membuat sebarang hutang.

Contohnya, korang tak berhutang untuk buat majlis perkahwinan yang gilang-gemilang. Korang bijak sebab tak berhutang untuk beli iPhone X. Sama jugak kalau korang tak berhutang beli sofa dekat Courts.

Jauhkan diri korang dengan hutang peribadi untuk perkara-perkara yang tak penting. Faham?

Nasihat #10 : Kahwin, bakal buka banyak pintu rezeki?

Saya percaya dengan adanya keluarga, korang mampu berubah daripada tak reti uruskan kewangan jadi orang yang reti uruskan kewangan. Sebab korang ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Isteri, anak-anak, mak dan ayah. 

Ye la, lagipun ada seseorang yang boleh bantu dan berikan korang sokongan. Cari la teman yang buatkan korang bahagia. Senyuman dia, menjadi kebahagiaan korang. Cewah.

Sesungguhnya, perkahwinan itu membuka banyak pintu rezeki.

Dah habis baca? Jangan bertangguh lagi buat semua nasihat ini.

Lagi awal korang buat, lagi bagus. Kalau boleh, capai semua ni sebelum korang tergolong dalam ’3 series.’ Tok percaya, korang mampu buat!

Ilmu ni bermanfaat? Sila SHARE kat kawan-kawan korang yang baru mula bekerja tu. Biar lebih ramai cerdik pandai dalam ilmu urus kewangan.

The post 10 matlamat kewangan anak muda wajib ada. Ikut nasihat lelaki ini appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nKn7Bf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.