Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ya...Aku Sakit Kanser, Tapi Tak Bermakna Aku Tak Boleh Ludah Kat Muka Korang Yang Biadab!”- Elyana ‘Naik Hantu’.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ya...Aku Sakit Kanser, Tapi Tak Bermakna Aku Tak Boleh Ludah Kat Muka Korang Yang Biadab!”- Elyana ‘Naik Hantu’..


Bekas peserta Gegar Vaganza 4, Elyana, ‘naik hantu’ apabila ada sesetengah pengikut di Instagram (IG) bersikap biadap dan melemparkan komen kurang sopan terhadapnya.

Mungkin kerana tidak dapat menahan rasa marah terhadap segelintir yang dianggap tidak menghormatinya, Elyana telah memuat naik sebuah video di InstaStory.

Menerusi video tersebut, Elyana turut berpesan kepada haters supaya berhenti menjadi pengikutnya di IG atau belajar menghormati orang lain.


"Korang (kau orang) yang rasa manusia dan bagus sangat tu, tolong hormat orang sikit.

"Kalau rasa tak suka jangan tengok. Kalau nak nasihat sangat, menggelegak dan menggeletar sangat nak nasihatkan orang tolong DM (direct message).

"Jangan kurang ajar sangat!," katanya.

Sebelum video tersebut dimuat naik, berlaku perang ‘komen’ di antara Elyana dengan beberapa pengikut yang menulis bersikap kurang ajar apabila melibatkan penyakit kanser yang dihidapinya.


Selain itu ada juga pengikut IG yang bertindak keterlaluan apabila menyelar Elyana kerana tidak memakai tudung termasuk melibatkan kedua-dua ibu bapanya.

Bukan sekadar video, Elyana juga memuat naik beberapa status di InstaStory dengan memberitahu tahap sabar seorang manusia mempunyai had.

"Ada hari aku boleh bersabar. Kau pijaklah kepala aku macam mana pun aku boleh sabar.

"Tapi ada harinya yang tahap kesabaran aku tak ada langsung.


"Ya, aku sakit kanser tapi bukan bermakna aku tak boleh ludah kat muka korang yang biadab," tulisnya.

Bagaimanapun, majoriti pengikut IG pelantun suara Kalis Rindu itu meminta agar Elyana tidak melayan haters kerana golongan tersebut tidak akan pernah berpuas hati dengan apa sahaja yang dilakukannya.

Mereka juga memberi semangat kepada penyanyi kesayangan mereka itu supaya terus kuat dan bersabar.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FT57vl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.