“Berhijab Adalah Pilihan Saya & Rasa Cinta Pada Allah”
Mula berhijab sepenuhnya pada tahun 2013, penyanyi Mizz Nina mengucapkan syukur kerana masih kekal dengan hijrahnya.
Jika sebelum ini boleh dikatakan setiap hari Mizz Nina menghabiskan masa dengan menyanyi. Kini semuanya sudah digantikan dengan membaca Al-Quran pada setiap pagi manakala hujung minggu pula dia menghadiri kelas mengaji.
Sempena Hari Hijab Dunia yang disambut pada 1 Februari lalu, Mizz Nina kongsikan luahan hatinya di akaun Instagram selepas 5 tahun berhijab.
Tambah Mizz Nina lagi, berhijab adalah pilihannya dan ia menunujukkan rasa cintanya pada Allah.
“2018 genap 5 tahun saya memakai hijab. Alhamdulilah, cepat masa berlalu. Sempena Hari Hijab Sedunia, saya menyokong semua wanita berhijab di seluruh dunia.
“Memakai hijab adalah pilihan saya dan ini cara saya untuk menunjukkan rasa cinta pada Allah. Pemakaian saya sekarang ini melindungi saya dan orang yang saya sayangi dari kecelakaan. Hijab adalah mahkota saya.
Menurutnya lagi, dia selesa dengan imejnya kini dan akan terus istiqomah dengan penghijrahannya.
Sumber: Instagram Mizz Nina
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ErAZdi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment