Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Selebriti Letak Dadah Dalam Air Farid Kamil? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Selebriti Letak Dadah Dalam Air Farid Kamil?

Tempoh hari Farid Kamil mengejutkan orang ramai apabila hadir ke balai polis membuat laporan, tetapi ramai berteka-teki tentang laporan dibuat beliau. Menerusi Astro Gempak, Farid mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang meletakkan dadah di dalam minumannya.

BACA: Farid Kamil Tak Mengaku Salah Ambil Dadah

Dalam laporan itu, Farid menjelaskan kekerasan yang dilakukannya tempoh hari disebabkan kesan minumannya yang dicemari dadah hingga membuatkan dirinya tidak waras. Farid juga mendakwa diberikan rokok bersalut sejenis cecair hingga dirinya berasa khayal.

“Ketiga-tiga rakan artis termasuk pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon yang tidak dapat didedahkan namanya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari.

Selain itu Farid juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan pihak polis terhadapnya ketika direman, sehingga menyebabkan kecederaan kepadanya. Malah Farid turut mempersoalkan gambar penahanannya yang tular tempoh hari di media sosial.

Manakala Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan laporan polis yang dibuat Farid. Jelasnya lagi, pihak polis juga akan memastikan siasatan sepenuhnya dijalankan terhadap perkara itu. (rtky/w)


Video panas artis Malaysia




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfKaZn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.