Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahkamah tolak cubaan pengundi keluarkan tentera dari Segamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahkamah tolak cubaan pengundi keluarkan tentera dari Segamat

segamat-spr-1
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menafikan cubaan 6 pengundi Segamat untuk mengeluarkan nama 102 pengundi tentera di kawasan Parlimen itu.

Peguam, R Sivarasa yang mewakili 6 pengundi itu berkata, Hakim Datuk Kamaludin Md Said tidak membenarkan mereka memulakan semakan kehakiman bagi mambatalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasukkan anggota tentera itu sebagai pengundi Segamat.

“Mahkamah menolak permohonan mereka dengan alasan pengundi itu tidak mengemukakan rayuan ketika inkuiri SPR.
“Disebabkan ada proses rayuan, pengundi perlu mengikut proses itu,” katanya kepada wartawan.

Sivarasa berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah enggan memberi kebenaran kepada mereka.
Enam pengundi yang diketuai Abu Bakar Ibrahim itu memohon untuk mengeluarkan 102 anggota tentera yang dimasukkan dalam daftar pemilih Segamat.

Mereka juga mahu satu pengisytiharan mahkamah yang kemasukan pengundi tentera ke kawasan Parlimen Segamat tidak berperlembagaan.
Mereka mahu kemasukan pengundi tentera dalam daftar pemilih Segamat dibekukan sehingga prosiding di mahkamah selesai.
Kumpulan pengundi itu menamakan SPR dan Pendaftar Pemilih Johor, Shafie Taib sebagai responden dalam semakan kehakiman itu.

Bulan lalu, sebuah Mahkamah Tinggi membenarkan sekumpulan 48 pengundi Segamat mencabar keputusan SPR memasukkan 949 anggota tentera dan pasangan mereka sebagai pengundi baharu di sebuah kem tentera yang belum siap di kawasan Parlimen itu.

Mahkamah turut memberi kebenaran bagi menghalang SPR memasukkan nama pengundi tentera dan ahli keluarga mereka dalam daftar pemilih Segamat, sehingga kes itu selesai.

SPR memfailkan bantahan awal terhadap keputusan mahkamah yang memihak kepada 48 pengundi itu bulan lalu.
DAP sebelum itu mempertikaikan tindakan memindahkan kumpulan anggota tentera itu dan sama ada ia bertujuan menyelamatkan kerusi Parlimen itu daripada jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pada PRU13, Presiden MIC merangkap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam menewaskan calon PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng dengan majoriti 1,217 undi


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shh23U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.