Beli rumah pelaburan dan travel setiap tahun. Strategi lelaki ini serius sempoi gila
Ada banyak tip pelaburan hartanah kat luar sana. Tinggal korang nak cari dan hadamkan je.
Tapi yang paling best untuk kita belajar, adalah melalui pengalaman sebenar orang lain. Tok yakin, ramai yang setuju dengan ungkapan ni.
Ilmu terbaik, datang dari jalanan. Dari bercakap dan bersalaman. Korang mesti pernah dengar lirik ni, kan?
Pengalaman Tuan Muhd Farid ni akan membuka minda korang, macam mana nak jadikan pelaburan hartanah sebagai tabung travel korang.
Nak tahu? Jemput hadamkan laju-laju.
Macam mana beli hartanah, sambil dapat travel sekali?
Makin bertambah ramai anak muda yang beli rumah sekarang.
Ada yg terus sign SNP untuk beli 2 bijik rumah. Ada yg sign untuk 1 buah rumah dulu, lepas tu 1 rumah menyusul lagi.
Mereka tahan dulu nafsu untuk travel semata-mata nak memiliki hartanah.
Bila hartanah ini naik harga, mereka boleh refinance atau jual semula. Dan hasil tu boleh la digunakan sedikit untuk REWARD DIRI.
Mungkin sebelum ni plan nak travel dalam Malaysia je. Tapi memandangkan ada bajet lebih, boleh travel ke luar negara untuk lihat dan belajar tentang dunia luar.
Lepas tu bila dah balik, boleh la eksyen speaking cakap omputih walaupun berterabur. Walhal travel ke Singapore je. Haha.
Ni, aku nak berkongsi sikit macam mana nak memiliki hartanah dan dapat travel sekali.
Strategi simpel ini buatkan lelaki ini mampu travel setiap tahun. Macam mana nak buat?
Katakan. Modal dalam tangan ada RM15,000.
Korang boleh pilih pergi travel dengan tunai RM15,000 tu ke negara Eropah esok jugak.
Atau…
1. Korang guna duit tu untuk beli hartanah 10% below market value,
2. Apply loan 100%,
3. Buat pengeluaran KWSP Akaun 2,
4. Guna cash pengeluaran dari KWSP Akaun 2 tadi untuk beli hartanah ke-2 pulak,
5. Guna cashback dari hartanah pertama tadi untuk travel.
Dalam kes ni, korang akan ada 2 buah hartanah dan siap boleh travel lagi.
Aku sendiri setiap tahun memang akan travel dalam dan luar negara untuk lihat dan belajar tentang dunia luar.
Untung RM140,000. Agak-agak boleh travel ke mana?
Dengan syarat, aku kena beli hartanah dulu, baru boleh travel.
Memang aku akan setkan bulan 1 hingga 10 adalah proses bekerja dan membeli hartanah.
Bulan 11 dan 12 pulak adalah proses menuntut ilmu dan travel, sebab hujung tahun pun banker banyak dah slow. Mereka pun nak travel jugak. Haha.
Nota “saja buat korang panas” : Aku ada unit beli tahun 2013 di Selangor, sekarang naik harga sekitar RM140,000.
Korang rasa boleh travel ke mana dengan RM140,000 tu? Boleh tambah koleksi lagi beberapa buah hartanah termasuk travel rasanya.
—
Tak salah pun nak travel. Tapi lagi bagus kalau korang laburkan dulu duit tu.
Bila pelaburan dah cukup ‘ranum,’ baru la boleh petik hasilnya. Masa tu, korang bukan takat boleh melancong je. Macam-macam korang boleh buat dengan duit banyak tu.
Perkongsian ni bermanfaat? Jemput SHARE kat kawan-kawan korang yang kaki travel tu.
The post Beli rumah pelaburan dan travel setiap tahun. Strategi lelaki ini serius sempoi gila appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nKiR4N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment