Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Sofi Jikan, polis kenal pasti 2 lagi individu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Sofi Jikan, polis kenal pasti 2 lagi individu

Selepas Sofi Jikan, polis kenal pasti 2 lagi individu|Polis sudah mengenalpasti identiti dua lagi individu yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah bersama pelakon Sofi Jikan seperti yang didedahkan pelakon Datuk Farid Kamil, sebelum ini.

Terdahulu, Sofi Jikan, atau Mohamad Shoffi Jikan, 48, ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara, pada jam 11 malam semalam, selepas hadir memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kang Chez Chiang berkata, pada masa ini dua lagi individu yang dinyatakan oleh Farid sudah menyatakan kesediaan untuk tampil membantu siasatan.

“Pelakon Sofi Jikan ditahan semasa dia tampil memberikan keterangan selepas didapati positif dadah dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, untuk perintah reman.

“Pada masa ini saya tidak dapat mendedahkan identiti dua lagi individu sehingga mereka tampil membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya, kes Sofi Jikan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta dua lagi individu terbabit dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

The post Selepas Sofi Jikan, polis kenal pasti 2 lagi individu appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C3pgfY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.