Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apabila Kerajaan Laksanakan SIP, Hanya Yang Pernah Dibuang Kerja Saja Memahami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apabila Kerajaan Laksanakan SIP, Hanya Yang Pernah Dibuang Kerja Saja Memahami



Kerajaan telah melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) berkuatkuasa 1 Januari lalu. Ia dilaksanakan untuk membantu golongan pekerja yang hilang pekerjaan bgi mendapatkan bantuan kewangan dan pekerjaan baru.

Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan setiap bulan pada kadar caruman 0.2 peratus daripada majikan dan juga 0.2 peratus daripada gaji pekerja.

Meskipun ia mempunya matlamat yang baik, namun ada golongan pekerja yang menentang pelaksanaannya kononnya membebankan. Bagi yang masih mempunyai pekerjaan, mereka tidak akan nampak peranan SIP tetapi bagi yang pernah merasainya, SIP akan menjadi sesuatu yang amat membantu.

Seorang rakan pernah mengalami keadaan di mana unit di syarikat dia bekerja telah ditutup. Seramai lebih 50 orang terlibat dan mereka hanya dibayar gaji pada bulan akhir mereka bekerja.

Bayangkan tanpa sebarang pampasan, mereka telah hilang pekerjaan. Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu, ketika SIP belum diperkenalkan. Mereka hanya mengetahui mengenai berita malang itu dalam masa sehari sahaja.

Bukan sahaja tiada pampasan diberikan, malah carumah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan potongan cukai berjadual Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut dipotong dari gaji masing-masing tetapi tidak dimasukkan ke dalam KWSP dan LHDN.

Bayangkan bagaimana perasaan rakan itu, kerana caruman dan potong itu sudah setahun tidak dibayar kepada KWSP dan LHDN.

Bagi yang cekal hatinya, ada pekerja yang mengupah peguam dan kes itu kini dibicarakan di mahkamah perusahaan bagi menuntut wang pampasan.

Jika keadaan itu berlaku sekarang, sekurang-kurangnya mereka mempunyai tempat untuk mendapatkan wang menerusi SIP namun malangnya dalam media sosial baru-baru ini, ramai yang menentang termasuk golongan majikan.

Kebanyakannya adalah pekerja di peringkat bawahan dan mereka ini tidak sedar, jika pemberhentian dilakukan, merekalah yang paling banyak terjejas. Mereka belum merasakannya dan menganggap 0.2 peratus yang dicarum oleh pekerja itu akan menjadi hak kerajaan.

Mereka tidak faham bahawa ia adalah insurans. Sama seperti insurans kenderaan yang diperbaharui setiap tahun itu. Jika tiada kemalangan berlaku, adakah mereka akan mendapat wang berkenaan? Tetapi jika berlaku kemalangan, insurans kenderaan itulah yang akan digunakan.

Menurut data yang direkodkan oleh Jabatan Buruh, hampir 18,000 pekerja sudah diberhentikan pada 2017 disebabkan teknologi semakin bertambah maju dan lebih banyak fungsi pekerjaan dijalankan secara automatik dalam pelbagai industri.

Justeru jika SIP tidak dilaksanakan atau ditangguhkan, lebih banyak pekerja akan tercicir tanpa bantuan kewangan sebaik diberhentikan.

Bagaimana bayaran sumbangan sebanyak 0.2 peratus iaitu bersamaan dengan RM1.90 sebulan untuk pekerja yang bergaji RM1,000 sebulan atau maksimum RM7.90 sebulan bagi mereka yang memperoleh pendapatan RM4,000 dan ke atas, menjadi satu bebanan besar pula kepada majikan.

Sebenarnya jumlah kecil inilah yang akan melindungi pekerja semasa dibuang kerja.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BmzSd0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.