Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kakitangan HQE 1 Mengaku Bersalah Buat Tuntutan Palsu RM126,757 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kakitangan HQE 1 Mengaku Bersalah Buat Tuntutan Palsu RM126,757



Lapan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan elaun lebih masa berjumlah RM126,757.24. 

Semua tertuduh yang bertugas di Klinik Oftalmologi HQE 1 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat. Lapan tertuduh tersebut ialah Mohd. Rosidih Mohd. Said, 39, Terence Linchos, 39, Jaduin Untop, 28, Zulkifli Arun, 29, Juraineh Musalim, 28, Noor Salim Mohd. Zin, 28, Mohd. Akmal Hafiz Mohamad Ariff, 29, dan Naza Fadirul@Mick Ab. Satar, 34.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengemukakan dokumen tuntutan berkenaan di Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Sabah, Wisma Perindustrian di sini antara 1 Februari 2016 dan 2 Jun 2016.

Dalam tempoh itu, Mohd. Rosidih telah membuat tuntutan sebanyak RM16,696.10, Terence (RM18,829.44), Jaduin (RM19.992.63), Zulkifli (RM14,065.91), Noor Salim (RM13,466.89), Mohd. Akmal Hafiz (RM12,842.26), Naza Fadirul@Mick (RM22,216.61) dan Juraineh (RM8,647).

Bagi pertuduhan itu, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan masing-masing perlu membayar denda ditetapkan mahkamah.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nXbV3H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.