Mujur Sahaja Tersedar Awal, Kalau Tidak Sudah Pasti Kami Sekeluarga Mati Terbakar
Kejadian yang berlaku ini telah berlaku di Kuala Terengganu. Tujuh beranak bernasib baik kerana terselamat dalam kejadian kebakaran rumah mereka pagi tadi.“Nasib baik saya tersedar masa tidur dan terus kejutkan anak-anak,jika tidak sudah tentu kami sekeluarga sudah mati rentung dalam kebakaran itu”.
Rosli Idris 49 tahun yang merupakan ayah kepada lima orang anak yang hampir sahaja menjadi mangsa kebakaran di rumah mereka yang berada di Jalan Kenangan,Kampung Batu Buruk awal pagi tadi.
Menurut kenyataan mangsa lagi, kebakaran itu berpunca dari ubat nyamuk dan dia mula tersedar dari tidur apabila terhidu bau asap yang sangat kuat dari dalam rumahnya.Kejadian itu juga disangka berlaku pada pukul 6.30 pagi dan semua ahli keluarga termasuklah isterinya Najmiah Mohamad 45 yang juga sedang tidur di dalam tiga buah bilik yang berlainan.
“Mula mula saya kejut (tersedar) saya tengok api (di bahagian bilik anak), saya pun gerak anak anak tubek (keluar) belaka. Lepas itu, (semua ahli keluarga) tubek habis.
“Saya kemudiannya (masuk semula) ambil kunci tetapi barang barang semua saya tidak sempat ambil,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian di sini, awal pagi tadi.’
Rosli Idris juga berkata, andai sahaja ketika itu dia lambat bertindak dalam beberapa saat, sudah tentu mereka sekeluarga sudah mati rentung di dalam rumah berkenaan,oelh kerana api sangat cepat marak masuk ke dalam bilik.
Menurut Rosli Idris lagi, dia juga sempat menyuruh isterinya menghubungi pihak bomba dan tidak lama kemudian bomba datang dan memadamkan api yang kian marak itu dari terus merebak ke kawasan lain.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami sekeluarga selamat walaupun banyak barang terbakar dan hampir kehilangan tempat tinggal yang menjadi tempat kami berteduh ini,” katanya.
Menurut kenyataan dari Balai Bomba Ketua Dan Penyelamat Kuala Terengganu,Rozizah Abnihajar selaku Timbalan Pengusaha Bomba berkata, pihak mereka telah menerima satu panggilan kecemasan pada pukul 6.44 pagi.
“Setibanya di lokasi kejadian, pihaknya dapati rumah jenis kekal itu terbakar dan dengan kekuatan seramai 15 anggota, api dapat dikawal sepenuhnya dalam beberapa minit.”
“Bagaimanapun, kediaman berkenaan musnah 85 peratus, namun punca kejadian dan kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.
Zamri Awang Hitam yang merupakan Pagawai Penyelaras Dun Batu Buruk yang telah melawat tempat kejadian dan juga para mangsa dan membuat kenyataan akan membantu keluarga kebakaran berkenaan.
“Malang tidak berbau”. nasib baik tiada kemalangan jiwa yng berlaku. Jadikan semua ini sebagai pengajaran dan amalkan langkah berhati-hati apabila mengunakan ubat nyamuk dan letakkan di tempat yang selamat dan tidak berdekatan dengan kain atau benda-benda yang mudah terbakar.
Sumber: Terengganutimes.com
The post Mujur Sahaja Tersedar Awal, Kalau Tidak Sudah Pasti Kami Sekeluarga Mati Terbakar appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slYmAp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment