Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahu Cerai: Tidak Tahan Dengan Perangai Isteri, Tidak Benarkan Keluar Lepak Dengan Kawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahu Cerai: Tidak Tahan Dengan Perangai Isteri, Tidak Benarkan Keluar Lepak Dengan Kawan

Seringkali juga kita dengar luahan dari segelintir kaum adam yang sudah berstatus suami yang turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap sesetengah isteri yang tidak membenar mereka keluar untuk meluangkan waktu bersama-sama kawan-kawan pada waktu malam.

Dalam permasalahan ini juga, lelaki yang sudah bergelar suami telah mengutuk dan memaki isterinya sendiri. Tapi tidakkah dia tahu, yang si isteri hanya mahu suaminya mempunyairehat yang cukup dan keesokkan harinya pergi bekerja.

Menurut perkongsian dari wanita yang dikenali sebagai Pua Wana Abas, lelaki ini baru sahaja mendirikan rumahtangga selama 8 bulan namun apa yang mengejutkan, hasratnya untuk bercerai dengan isterinya dengan alasan yang sama. Oleh kerana bersimpati dengan pasangan muda yang baru sahaja berkahwin ini. Apa yang mampu beliau sumbangkan, dengan hanya memberi tiga nasihat yang sangat bermanfaatbagi golongan yang sudah bergelar suami ini.

 

Saya memang kebelakangan ini sering mengunakan kemudahan Grab ataupun Uber. Selang beberapa bulan yang lepas, saya telah menaiki Uber untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kebetulan juga jalanraya tengah sesak juga pada ketika itu.

Nasib baik jugalah saya dapat pemandu Uber yang petah berkata-kata dan rajin untukberbual-bual dengan penumpang. Taklah saya rasa bosan sangat. Setelah berbual selama lebih kurang 15 minit macam itu, mulalah si pemandu ini membuka cerita mengenai isterinya. Dia juga kata yang isterinya ini bekerja juga.

“Adik sudah kahwin ke? Muka nampak macam masih muda lagi.”

“Ye kak, saya baru saja kahwin lapan bulan. Saya sekarang sudah berusia 25 tahun,manakala isteri saya pula 23 tahun. Tapi jauh disudut hati saya nak bercerailah kak” ujarnya.

“Ai? Biar betul? Baru je kahwin lapan bulan kot, kenapa buat keputusan nak bercerai pulak?”, terperanjat seketika mendengar dia kata macam itu.

“Saya sudah tidak tahan dengan perangai isteri saya kak. Dia langsung tidak bagi saya peluang untuk luangkan masa bersama kawan-kawan saya pada waktu malam. Takkanlah saya nak terperuk dalam rumah saja.”

“Pernah sekali itu, dia serbu tempat saya lepak bersama kawan-kawan, sampai naik stres dan malu saya,” katanya.

Bila dengar apa yang dikatakan, saya jadi simpati dan kesian pun ada.

“Adik nak tak terima kalau kakak bagi sedikit tips, macam mana nak keluar lepak dengan kawan-kawan tanpa bagi isteri marah.”

“Macam mana pula tu kak?” soalnya lagi.

Tiba-tiba rasa macam diri ini pakar kaunseling la pula.

Apa yang perlu kau buat adalah dengan mengikut tiga perkara ini. Sudah tentu isteri kau takkan marah-marah lagi kalau kau nak pergi keluar lepak dengan kawan-kawan. Pertama sekali yang kau harus buat adalah, sebelum kau nak keluar, pastikan makanan di atas meja kau dah siapkan awal-awal lepas tu kau berbuallah sedikit dengan isteri.

Kedua, kau jangan lupakan tanggungjawab kau dengan Allah. Rajin-rajinkanlah diri untuk pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan dengar ceramah. Kalau buat dalam seminggu sekali pun sudah mencukupi daripada tidak ada langsung. Kalau sudah dikurniakan anak nanti, kau mesti pastikan anak kau menitik beratkan tentang hal agama dan rajin mengaji. Sentiasa semak cara bacaan anak-anak ketika mengaji atau dalam solat. Kerapkan anak-anak selalu baca Al-Quran. Satu muka surat seminggu pun sudah cukup.Kalau itu pun kau tak mampu lakukan, macam mana isteri kau nak yakin.

Lagi satu, kalau kau dah ada nak suatu hari nanti, utamakan perut anak supaya sudah makan dan mandi. Kalau anak berak,tolonglah cucikan. Jangan pula kau utamakan kawan-kawan kau, sedangkan isteri kau dirumah kau tinggalkan dalam tunggang terbalik uruskan semua hal.

“Apa yang paling penting sekali, selepas saja kau balik dari lepak itu, pastikan kau yang paling awal bangun pada waktu subuh dan sediakan makanan untuk isteri. Lepas jam lapan tu kau bolehlah sambung tidur balik.”

“Kalau kau dah balik lambat, lepas itu bangun subuh pun tidak nak siapkan makanan untuk isteri memang taklah. Tidur pula terbongkang sampai sembahyang isyak. Macam manalah isteri kau tak marah?”

“Ye tak ye juga kak. Suami akak buat semua itu ke?” soalnya.

“Mestilah buat dik. Sebab itulah akak tak kisah sangat kalau dia nak keluar dengan kawan-kawan. Kecuali kalau anak-anak sakit barulah akak ada bising sikit. Ini adalah rahsia besar. Akak bagitahu kau ni sebab akak kesian dengan keadaan kau. Masih muda dah nak bercerai.”kataku.

Sedar tak sedar, sampai juga dekat depan rumah.

Terima kasih banyak-banyak kak. Tapi saya lebih suka tips akak yang nombor tiga. Memang rezeki saya baik berjumpa dengan akak, katanya

Sama-sama dik. Syaitan ini memang suka kalau bab-bab suami isteri nak bercerai ni. Selagi kita boleh bertahan dan mengelak, kita elakkanlah. Kalau dah tak boleh, kita nak buat macam mana lagilah kan? Sempat lagi saya tarbiah lelaki berkenaan sebelum keluar dari perut kereta.

Lupa pula nak pesan lagi satu perkara.

Paling terakhir, kalau ada mana-mana kawan-kawan kau perli kau,jangan ambil peduli sangat. Apa yang paling penting kau sentiasalah berbuat baik dengan isteri dan anak-anak. Jangan sampai isteri kau fikir prkara yang bukan-bukan tentang kau. Kawan ini ada dua dik, ada yang boleh bawa kita ke syurga dan ada juga yang bawa ke neraka.

Isteri adalah tanggungjawab para suami. seelok-eloknya jaga dan pimpinlah isteri ke arah kebaikan. Bimbinglah isteri anda ke arah yang betul. Jalan yang diredhai oleh Allah Swt.

Sumber:  Twitter/Wana Abas Shafura Abas

The post Mahu Cerai: Tidak Tahan Dengan Perangai Isteri, Tidak Benarkan Keluar Lepak Dengan Kawan appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2snE6ye

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.