Doktor Kongsi Tips Kurus Berkesan Guna Konsep ‘Sukusukuseparuh’
Hendak gemuk itu mudah, tetapi hendak kurus itu yang paling susah dan menyeksakan. Bagi sesetengah orang fikir bahawa untuk kurus, anda hanya perlu bersenam dan kawal pemakanan, iya, memang betul, tetapi tidak semua beranggapan dengan mengawal pemakanan dan juga bersenam itu mudah.
Hanya orang yang benar-benar nekad untuk kurus dan sihat yang mampu mencabar diri dalam penjagaan makanan dengan betul. Bukan mudah untuk sihat dan cantik ya! Anda perlu berkorban untuk nampak cantik dan badan semakin sihat dan cergas.
Ramai yang rasa tertekan apabila cuba berdiet, lagi-lagi bagi mereka yang sangat suka makan, namun cita-citanya hendak kurus! Sebenarnya ada cara untuk menurunkan berat badan anda tanpa rasa tertekan. Anda masih lagi boleh menikmati nasi, sayur-sayuran bahkan ayam goreng atau lauk kegemaran. Kuncinya hanyalah pada portion atau kuantiti setiap hidangan yang diambil.
Perkongsian daripada Dr Khairul Hafidz Alkhair ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Mengamalkan konsep diet #sukusukuseparuh, beliau menjadikan perjalanan dietnya sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Berat turun, anda juga tidak stress sepanjang tempoh berdiet.
Jom kita baca perkongsian beliau di bawah. Moga bermanfaat untuk ada yang sedang mahu menurunkan berat badan. Selamat mencuba.
Orang selalu tanya apa yang saya selalu makan, mari saya share.
Ini adalah makanan tengah hari saya untuk hari ini, inilah apa yang saya makan setiap kali lunch.
Saya mengamalkan konsep #SukusukuSeparuh.
Di situ nampak pinggannya penuh dan membukit kan? Itu kerana lebih separuh di pinggan saya adalah sayur-sayuran. Ayam saya makan dan kulitnya saya buang. Nasinya hanya suku pinggan sahaja.
Sedikit berlebihan kalori saya kerana saya sudah dalam maintainence phase, kalau yang mahu turunkan berat badan, ganti kuah sambal tu kepada sup kosong.
Dan makanan beginilah saya makan sewaktu saya berdiet dulu. Setiap kali lunch saya makan nasi, saya tak pernah tinggal makan nasi. Yang penting, jaga portion.
Sebab itu saya tak pernah rasa stress bila nak turunkan berat dahulu. Saya jadikan perjalanan menurunkan berat badan satu perjalanan yang menyeronokkan.
Kenyang ke makan begini? Sebenarnya sudah cukup. Yang rasa kenyang itu bukan berapa banyak nasi yang kita makan, tapi apa yang kita makan untuk penuhkan ruang perut kita.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook/Dr Khairul Hafidz Alkhair
The post Doktor Kongsi Tips Kurus Berkesan Guna Konsep ‘Sukusukuseparuh’ appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slYCzn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment