Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sepanjang Hari Tiba-Tiba Teringat Ayah. Rupanya Petanda….. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sepanjang Hari Tiba-Tiba Teringat Ayah. Rupanya Petanda…..

Sepanjang Hari Tiba-Tiba Teringat Ayah. Rupanya Petanda….. | Saya Luv Islam – Malam hari saya tiba-tiba teringat kat ayah. Ingatkan perasaan biasa sahaja tapi rupanya ada “sesuatu” terjadi bila saya berkerja di Dungun. Baca selanjutnya luahan kakak. Al Fatihah =(

AYAH TERLIBAT DALAM KEMALANGAN MAUT

“PATUTLAH sepanjang hari ini hati saya teringat ayah dan dua adik. Luluh hati ini selepas menerima panggilan mereka terbabit kemalangan dan ayah pula pergi meninggalkan kami,” kata Azieyati Ashikin Azmi, 24, selepas ayahnya maut dalam kemalangan di Kilometer, 73.5, Jalan Jerangau-Jabur, Persimpangan Lay Bay, Bukit Besi, Dungun, petang ini.

Dalam kemalangan 3.30 petang itu, ayahnya, Azmi Mohamed Noor, 49, maut di tempat kejadian akibat patah kedua kaki, paha dan cedera seluruh badan.

Manakala dua adik tirinya, Nur Fatihah Husna Azmi, 14 dan Mohd Nazrulhaq Azmi, 13, parah dan dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

APA YANG BERLAKU ?

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Azmi dari arah Dungun terbabas selepas membelok masuk ke simpang kiri untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Besi.

Berikutan itu, kereta mangsa memasuki kanan jalan dan melepasi pembahagi jalan sebelum dirempuh treler muatan minyak yang datang dari arah bertentangan.

Azieyati berkata, ketika kejadian, dia yang sudah berkahwin sedang bekerja di kedai makan ibu saudaranya di Bandar Dungun.

“Ayah berpisah dengan ibu saya sudah lama dan turut berpisah dengan ibu kedua-dua adik tiri saya sejak 10 tahun lalu.

Ayah bekerja sebagai operator jengkaut dan kedua-dua adik saya itu belajar di Sekolah Pondok di Ketengah Jaya,” katanya.

Katanya, ketika kejadian kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Besi dari membeli peralatan sekolah di Bandar Dungun.

TERINGAT AYAH

” Kali terakhir saya bertemu ayah dan kedua-dua adik pada awal Januari lalu. Sepanjang semalam, saya sangat merindui mereka namun tidak sempat berhubung kerana saya sibuk di kedai,” katanya.

Sementara itu, pemandu treler minyak, Aziz Ramli, 42, berkata, ketika kejadian dia mengambil bekalan diesel dan petrol dari Pelabuhan Kuantan untuk dihantar ke stesen minyak di Sungai Tong Setiu.

PEMANDU TRAILER TERKEJUT KERETA MASUK LALUAN

“Saya terkejut dengan tindakan kereta itu yang dipandu laju sebelum terbabas dan memasuki laluan saya.

“Saya tak sempat mengelak sebelum kedua-dua kenderaan kami bertembung,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS, Jaswari Awang berkata, Bomba menerima panggilan 3.40 petang bersama tujuh anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit tersepit di tempat duduk akibat keseluruhan bahagian depan kenderaannya remuk.

“Dua anak mangsa ketika itu sudah dikeluarkan orang ramai dan kita mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jenazah mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

BERITA BERKAITAN

AYAH maut manakala dua anaknya parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer, 73.5 Jalan Jerangau-Jabur Persimpangan Lay Bay, Bukit Besi, hari ini.

Dalam kemalangan, 3.30 petang ini, Azmi Mohamed Noor, 49, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua anaknya, Nur Fatihah Husna Azmi, 14, dan Mohd Nazrulhaq Azmi, 13, parah dan dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Azmi dari arah Dungun terbabas selepas membelok masuk ke simpang kiri untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Besi.

Berikutan itu, kereta mangsa memasuki kanan jalan dan melepasi pembahagi jalan sebelum dirempuh treler muatan minyak dari arah bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS, Jaswari Awang berkata, Bomba menerima panggilan pada 3.40 petang dan bergegas ke lokasi bersama tujuh anggota dengan sebuah jentera.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit tersepit di tempat duduk akibat keseluruhan bahagian depan kenderaannya remuk.

“Dua anak mangsa ketika itu sudah dikeluarkan orang ramai dan kita mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jenazah mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, “katanya.

Sumber : Harian Metro

The post Sepanjang Hari Tiba-Tiba Teringat Ayah. Rupanya Petanda….. appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E9UYhg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.