Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Nitro 5 Dengan CPU AMD Ryzen Dan Kad Grafik AMD Radeon RX560 Bakal Hadir Di Pasaran Tempatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Nitro 5 Dengan CPU AMD Ryzen Dan Kad Grafik AMD Radeon RX560 Bakal Hadir Di Pasaran Tempatan

Laptop Acer Nitro 5 merupakan sebuah model laptop gaming daripada Acer yang hadir dengan spesifikasi yang cukup berkuasa untuk menggerakkan permainan-permainan komputer yang moden pada harga yang cukup berpatutan.

Di acara pelancaran AMD Ryzen Mobile pagi tadi, pihak Acer Malaysia juga mengumumkan bahawa mereka bakal hadir dengan laptop Acer Nitro 5 yang dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen dan juga kad grafik AMD Radeon.

Butiran khusus mengenai laptop Nitro 5 baru ini tidak diketahui lagi, tetapi diantara komponen-komponen yang akan hadir didalam laptop ini termasuklah CPU AMD Ryzen 5 dan 7, kad grafik AMD Radeon RX560 dan juga SSD NVMe.

Disamping itu, rekaan laptop Acer Nitro 5 ini juga hadir dengan corak ukiran serat karbon yang cukup menarik sekali, disamping panel IPS untuk paparannya.

Ini boleh dilihat sebagai sebuah lagi kebangkitan syarikat AMD di arena gaming, kerana sudah lama kita tidak melihat sistem laptop yang hadir dengan komponen CPU dan GPU AMD.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CpqdDS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.