Hi! Welcome Back and Stay Tune! VMY2020: Kempen di peringkat negeri diharap bertambah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

VMY2020: Kempen di peringkat negeri diharap bertambah

PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berharap lebih banyak kerajaan negeri mengadakan kempen masing-masing di peringkat negeri untuk menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia (VMY) 2020.

Beliau berkata penglibatan kerajaan negeri serta pihak-pihak berkaitan, adalah penting untuk memastikan Tahun Melawat Malaysia 2020 berkesan dan berjaya.

"Saya mengucapkan terima kasih secara khusus kepada kerajaan negeri atas sokongan mereka terutama kerajaan negeri Perak, Pahang dan Terengganu yang mengadakan kempen tahun melawat negeri masing-masing tahun lepas.

"Saya menaruh harapan untuk melihat kerajaan negeri yang lain menganjurkan kempen mereka di negeri masing-masing," kata beliau pada majlis Anugerah Pelancongan Malaysia Ke-30 di sini, pada Rabu.

Tutrut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab dan pengerusi Lembaga Pelancongan Malaysia Datuk Siew Ka Wei.

Pada majlis itu, Mohamed Nazri turut menyampaikan empat anugerah khas kepada dua individu dan dua pertubuhan yang secara peribadi dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, atas sumbangan dan kedudukan cemerlang mereka dalam industri itu.

Kumpulan Sunway dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri (organisasi) sementara Idris menerima Anugerah Perdana Menteri (individu).

Anugerah Menteri (individu) disampaikan kepada pengarah urusan Kumpulan Asian Overland Services Anthony Wong dan kategori organisasi diberikan kepada The Haven, Ipoh.

Sementara itu, sebanyak 52 anugerah juga disampaikan pada majlis tersebut, antara lain artikel pelancongan terbaik, pengusaha pelancongan tempatan dan asing terbaik, tarikan pelancongan terbaik, homestay terbaik dan pusat membeli-belah terbaik.

Antara pemenang anugerah ialah Cathay Dragon bagi syarikat penerbangan antarabangsa terbaik dan AirAsia bagi masing-masing pemenang laluan antarabangsa dan dalam negeri terbaik.

-- BERNAMA



Sumber VMY2020: Kempen di peringkat negeri diharap bertambah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t5aV3o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.