Hi! Welcome Back and Stay Tune! UM dalam 50 terbaik dunia untuk 7 subjek - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UM dalam 50 terbaik dunia untuk 7 subjek

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) mencatatkan peningkatan yang mantap dalam kalangan universiti utama dunia apabila tujuh disiplin akademiknya disenaraikan dalam 50 terbaik QS World University Rankings mengikut Subjek 2018.

Subjek terbabit ialah Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat yang berkedudukan ke-24, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (30), Pengajian Pembangunan (30); Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan (41); Kejuruteraan Kimia (42); Kejuruteraan Awam dan Struktur (46); serta Galian dan Perlombongan (47).

Dalam kenyataan di sini, UM berkata ia juga mencatatkan 21 subjek dalam 100 terbaik tahun ini berbanding 19 subjek pada 2017.

"Pencapaian rekod lima subjek kejuruteraan dalam 50 teratas membantu melonjakkan Kejuruteraan dan Teknologi UM ke tangga ke-22 daripada ke-35 pada 2017 bagi subjek luas," katanya.

Bagi kategori Sains Sosial dan Pengurusan, UM di tangga ke-45 (ke71 pada 2017) sementara untuk kategori Kesenian dan Kemanusiaan UM berkedudukan ke-65 (ke-85 pada 2017).

Naib Canselor UM Datuk Dr Abdul Rahim Hashim menyifatkan pencapaian itu adalah hasil produktiviti yang tinggi warga kerjanya serta komitmen dan dedikasi mereka selain penyelidikan dan pengajaran yang cemerlang sambil mengusahakan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas mereka.

'Keputusan ranking ini mencerminkan pengiktirafan antarabangsa akan kualiti fakulti serta siswazah UM," katanya.

-- BERNAMA



Sumber UM dalam 50 terbaik dunia untuk 7 subjek

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FHuvp5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.