Hi! Welcome Back and Stay Tune! LG Mempatenkan Rekaan Panel Semua-Skrin Dengan Lubang Kecil Pada Bahagian Atas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LG Mempatenkan Rekaan Panel Semua-Skrin Dengan Lubang Kecil Pada Bahagian Atas

Minggu ini kita dapat melihat beberapa peranti dengan skrin bertakuk dilancarkan seperti Leagoo S9 dan Asus Zenfone 5Z. Rekaan takuk ini juga mungkin akan digunakan pada OnePlus 6 kelak. Apa yang pasti rekaan yang dipopularkan oleh iPhone X kini menjadi ikutan pengeluar peranti Android.

LG telah melancarkan peranti kemaskini LG V30S ThinQ yang tidak bertakuk. Rekaan skrin FullVsion P-OLED mereka hanya mempunyai bezel yang besar pada bahagian atas dan bawah. Tetapi peranti utama mereka yang seterusnya mungkin akan mempunyai peratusan permukaan skrin yang jauh lebih besar. Rekaan yang dipatenkan oleh LG di atas mempunyai lubang yang kecil pada panel skrin. Ini mungkin akan digunakan untuk kamera, gagang telinga dan sensor peranti.

Penggunaan rekaan ini pastinya memberikan keunikan kepada peranti LG dan mengelakkan dituduh meniru Apple kerana penggunaan skrin bertakuk. Pada masa yang sama ia berbeza dari rekaan modul bulat pada bahagian skrin seperti yang ditemui pada Essential Phone dan Sharp Aquos S2. Apakah pendapat anda mengenai paten skrin yang unik ini?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t2n4pM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.