Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hafiz Hanya Niat Kongsi Bahagia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hafiz Hanya Niat Kongsi Bahagia

hafiz hanya niat kongsi kebahagiaan 1

Kredit foto: Instagram Hafiz Suip

Penyanyi Hafiz Suip, 28, menegaskan kewujudan akaun Instagram anaknya, Muhammad Riyadh Zafri, bukan bermaksud untuk meraih populariti dan mengumpul pengikut.

Sebaliknya, beliau dan isteri, Nureffy Jesreel Abdullah atau Effy, 26, hanya ingin berkongsi perkembangan kehidupan anaknya dalam melalui proses pembesaran.

"Saya hanya mahu berkongsi saat indah kami sekeluarga bersama mereka yang menjadi pengikut IG, @riyadhzafri. Itu saja.

"Terus-terang, saya tidak terfikir langsung untuk mendedahkan anak kepada dunia glamor. Niat saya, hanya mahu berkongsi sedikit kebahagiaan kami sekeluarga," katanya.

Akaun Instagram yang dicipta pada 31 Disember itu telahpun diikuti 10 ribu pengguna laman sosial berkenaan.

Hafiz bersama isteri tampil dalam majlis cukur jambul Muhammad Riyadh Zafri yang kini menjengah usia dua bulan, di hotel terkemuka di Subang Jaya.

hafiz hanya niat kongsi kebahagiaan 2

Kredit foto: Instagram Hafiz Suip

Sementara itu, Hafiz yang menerima tawaran program TV untuk mengetengahkan kehidupan anaknya, bagaimanapun masih belum membuat keputusan.

"Saya takkan buat keputusan terburu-buru untuk menerima tawaran yang datang. Saya dan isteri lebih selesa berbincang dengan keluarga dahulu.

"Kami akan ambil kira pandangan ibu bapa, mentua dan paling penting keselesaan anak yang masih kecil," katanya.

Hafiz dan Effy menerima kelahiran Muhammad Riyadh Zafri pada 30 Disember 2017, selepas mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.

Dalam perkembangan lain, Hafiz baru muncul dengan single terbaharu, Hari Ini Dalam Sejarah yang didedikasikan khas buat bayi comel itu.

Sumber berita: Harian Metro



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2F4cH66

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.