Terpalit kontroversi Zouk, Neelofa batal hadiri TN50
KUALA LUMPUR, 28 Feb — Selebriti jutawan Neelofa membatalkan niat menghadiri program pembentangan Transformasi Nasional 2050 (TN50) selepas terpalit dengan kontroversi pelancaran tudung di kelab malam.
Neelofa, 29, yang dilantik sebagai duta belia berkata keputusan dibuat kerana tidak mahu acara itu terkait dengan isu yang melibatkan dirinya, lapor Utusan Online.
“Keputusan ini dibuat atas rasa penuh tanggungjawab dengan situasi semasa ini dan untuk memastikan Majlis Penyerahan Kanvas Belia TN50 pada malam ini berlangsung dengan penuh jayanya.
"Diharapkan dengan keputusan ini, ia dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang bakal diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ini.
“Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini,” katanya yang sudah memaklumkan perkara itu kepada penganjur TN50.
Neelofa dikecam selepas melancarkan produk terbaru Belofa di kelab malam terkemuka Zouk di sini, kelmarin.
Ditambah ketika majlis sambutan ulang tahun kelahirannya ke-29 itu juga video aksi wanita bertudung menari dengan ghairah tersebar di internet.
Syarikatnya Naelofar Hijab kemudian memohon maaf selepas dikritik ramai dan ditegur mufti-mufti negeri.
Sumber Terpalit kontroversi Zouk, Neelofa batal hadiri TN50
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FFRK2L
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment