Gambar OnePlus 6 Tertiris Dengan Skrin 18:9 Bertakuk Serta Panel Belakang Diperbuat Daripada Kaca
OnePlus adalah syarikat yang menghasilkan telefon pintar dengan spesifikasi tinggi pada harga yang berkemampuan. Sejak OnePlus 3 mereka menggunakan logam sebagai bahan binaan, kini gambar OnePlus 6 tertiris dilihat seperti menggunakan panel kaca.
Gambar yang tertiris ini mencadangkan telefon pintar OnePlus baru ini mungkin akan mempunyai sistem pengecasan tanpa wayar. Sebelum ini mereka tidak meletakkannya kerana percaya bahawa sistem pengecasan DASH mereka adalah lebih baik daripada mana-mana sistem pengecasan yang berada di pasaran. Skrin dilihat mempunyai takuk seperti iPhone X dan kamera belakang diletakkan dalam keadaan menegak serta rekaan pengimbas cap jari yang baru.
Jika dilihat pada gambar yang tertiris, telefon pintar ini menggunakan sistem operasi OxygenOS 5.1 berasakan Android Oreo 8.1 dan mempunyai RAM sebesar 6GB dan storan dalaman sebesar 64GB.
Gambar-gambar tertiris ini mungkin hanya prototaip dan produk akhir OnePlus mungkin akan kita lihat pada pertengahan tahun ini. Ini kerana OnePlus kebiasaannya melancarkan telefon pintar mereka pada pertengahan tahun.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cs7HLh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment