Empat Bekas Pelajar Kolej Dihukum Mati
Empat Bekas Pelajar Kolej Dihukum Mati|Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas empat bekas pelajar kolej kerana membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena Omar Peter pada 2012.
Mereka ialah Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 26; Mohamad Sharafe Matt Noh, 25; Azizi Aizat Ibrahim, 26 dan Mohamad Safwan Muhamad, 26.
Panel lima anggota mahkamah diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif juga mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas Mohamad Zul Shahril Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat kerana membunuh bapa pensyarah tersebut, Omar Peter Abdullah.
Hakim Raus memutuskan keterangan terhadap keempat-empat mereka mencukupi untuk mensabitkan.
Mahkamah yang juga disidangi Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Datuk Sri Balia Yusof Wahi dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dengan sebulat suara menolak rayuan akhir oleh kempat-empat mereka.
Mohamad Zul, Shahril, Mohamad Sharafe, Azizi Aizat dan Mohamad Safwan yang menuntut di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics dihukum gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi mendapati mereka bersalah membunuh Zara Eleena, 23, yang mengajar bahasa Inggeris di kolej itu antara jam 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012.
Mohamad Zul, Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat juga disabitkan kerana membunuh bapa pensyarah, Omar Peter Abdullah, 56, pesara sebuah syarikat kewangan antara jam 11.30 malam, 8 Mac 2012, dan 1.30 pagi hari berikutnya.
Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di No 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong.
Mahkamah Tinggi pada 2014 telah membebaskan Mohamad Safwan tanpa memanggilnya membela diri atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan bapanya.
Pada 30 Julai, 2015, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan membebaskan Mohamad Safwan atas tuduhan membunuh Omar Peter, tetapi mengarahkannya membela diri atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan dia kemudian didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.
Sabitan dan hukuman mati ke atas keempat-empat mereka kemudian dikekalkan Mahkamah Rayuan. Sementara itu, pihak pendakwaan tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan membebaskan Mohamad Safwan kerana didakwa membunuh Omar Peter.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohamad Sharafe berhujah terdapat banyak percanggahan dalam keterangan saksi pihak pendakwaan Fadhil Rusdan Rahman, yang Mahkamah Tinggi tidak mempertimbangkan.
Saksi adalah seorang rakan sejenayah tetapi menjadi saksi pihak pendakwaan.
Beliau berkata, Mahkamah Tinggi sepatutnya mempertimbangkan keterangan saksi itu di peringkat prima facie tetapi Mahkamah Tinggi hanya membuat pertimbangan selepas tertuduh dipanggil membela diri.
Peguam Datuk Naran Singh yang mewakili Muhamad Safwan berhujah, bahawa jika Hakim Mahkamah Tinggi percaya keterangan Fadhil Rusdan, maka mahkamah harus membebaskan anak guamnya kerana saksi tersebut telah memberi keterangan bahawa Muhamad Safwan tidak terlibat dalam pembunuhan.
Timbalan pendakwa raya Nurul Huda Noraini Mohamed Noor Noor berhujah bahawa Mahkamah Tinggi telah menilai keterangan Fadhil Rusdan secara keseluruhan dan mendapati dia saksi yang boleh percaya.
Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahmud mewakili Mohamad Zul Shahril sementara peguam Shamsul Sulaiman mewakili Azizi Aizat. –
The post Empat Bekas Pelajar Kolej Dihukum Mati appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t589Lp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment