Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua buah bas bergesel, penunggang motosikal maut terperosok ke bawah bas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua buah bas bergesel, penunggang motosikal maut terperosok ke bawah bas

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang bersama isterinya terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah bas persiaran dalam kejadian di KM 15 Jalan Batang Kali ke Genting Highlands, pada Rabu.

Mangsa Suri Cheng Hong, 50 tahun, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Mala Anas, 45 tahun cedera parah selepas motosikal mereka terperosok di bawah bas.

Dalam kejadian kira-kira 1.35 tengah hari itu, bas yang membawa 30 penumpang dari Genting Highlands ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah bas yang berhenti di bahu kiri jalan. 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai memaklumkan bas berkenaan kemudiannya merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggangi pasangan orang Asli berkenaan.

"Akibat rempuhan itu, pasangan Orang Asli itu diseret ke dalam longkang menyebabkan Suri meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya cedera parah," katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pemandu bas dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan menjalani ujian saringan air kencing.

Kedua-dua keputusan air kencing adalah negatif.

Pemandu bas yang memandu secara berbahaya, Abdullah bin Talib, bagaimanapun ditahan reman selama empat hari.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Mangsa yang maut dan cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu. 

Kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu dikeluarkan pada 3.44 petang. 



Sumber Dua buah bas bergesel, penunggang motosikal maut terperosok ke bawah bas

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t6C9Xi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.