Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sudah kalah enam kali, Wenger masih selamba tak risau kena pecat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sudah kalah enam kali, Wenger masih selamba tak risau kena pecat

SEBAHAGIAN penyokong Arsenal mungkin sudah tidak dapat lagi  menahan sabar dengan Arsene Wenger.

Prestasi lemah the Gunners diletakkan sepenuhnya di bahu pengendali berbangsa Perancis berusia 68 tahun itu.

Dalam 12 perlawanan tahun ini, Arsenal tewas enam daripadanya. Terbaharu diaibkan Manchester City  0-3 dalam perlawanan akhir merebut Piala Carabao di Wembley. Kedua-dua pasukan bakal kembali berentap Khamis ini.

Arsenal kini berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL), 27 mata di belakang City selaku pendahulu. Untuk beraksi dalam Liga Juara Eropah minggu depan The Gunners perlu memintas Tottenham Hotspur yang kini 11 mata di depannya.

Apa yang menarik untuk diperkatakan mengenai Wenger adalah sikap selambanya.

“Kedudukan saya adalah perkara terakhir yang saya risaukan pada waktu ini.

“Kerisauan saya adalah bagi pastikan pemain fokus menjelang perlawanan esok,” kata pengendali berusia 68 tahun itu.

Bekas penyerang Arsenal, Ian Wright dalam wawancara bersama BBC Radio 5 berpendapat tidak mungkin untuk Wenger kekal menjadi pengurus Arsenal selepas tamat musim ini.

Bagaimanapun setiap kali berdepan kritikan Wenger ada jawapannya.

“Untuk meraih kemenangan bukan selalu menjadi. Kita perlu berdepan kritikan. Ia sebahagian daripada bola sepak moden.” Jelas Wenger.

Wenger merupakan pengurus paling lama berkhidmat dalam EPL sejak menyertai Arsenal pada 28 September 1996. Dalam tempoh itu hanya tiga gelaran EPL dimenangi.



Sumber Sudah kalah enam kali, Wenger masih selamba tak risau kena pecat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FGymme

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.